Menonton teasernya sahaja sudah cukup membuat jantung berdegup kencang! Tombiruo: Penunggu Rimba adalah filem yang diadaptasikan menerusi naskah novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid pastinya antara filem wajib tonton tahun ini. Bakal menemui penonton bermula 12 Oktober nanti, filem yang diterajui oleh Zul Ariffin ini pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini.

Disebalik karya yang agung, pastinya ada pengorbanan yang terpaksa ditanggung. Begitulah yang dirasai oleh Zul Ariffin bagi menjiwai watak Tombiruo atau Ejim. Menurut Zul lagi, bukan mudah untuk dirinya untuk menggalas dan menzahirkan watak ini. Walaupun watak Ejim tidak menuntutnya untuk menghafal dialog yang banyak, namun cabarannya adalah dari segi mendapatkan bentuk badan dan tona kulit yang sesuai dengan watak.

Malah, untuk watak ini juga Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan yang asalnya 90kg kepada 77kg hanya dalam masa lima minggu. Wow! Tapi percayalah, menurunkan berat badan tidak semudah menaikkan berat lebih-lebih lagi jika ia terpaksa dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.

IKLAN

“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,” ujar Zul.

Demi Ejim, Zul Ariffin Hanya Minum Air & Hilang 13kg Dalam Masa 5 Minggu!
Zul Ariffin bersama Ramlee Awang Murshid

Selain terpaksa melakukan diet ekstrim, ada pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelakon ini termasuklah mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri demi menghidupkan watak Tombiruo. Bagi para peminat tegar Ramlee Awang Murshid yang mengikuti cerita ini menerusi novel, inilah saatnya untuk anda rasai letusan adrenalin luar biasa dengan menonton Tombiruo secara ‘live’ di depan mata anda. Oleh itu,  jangan lupa untuk saksikan filem Tumbiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober ini di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.

IKLAN

 

IKLAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI