Resipi Dendeng Daging Berlado Wajib Cuba. Sedap Terangkat & Memang Padu!

Share

Masakan Padang bukanlah asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu-menunya memang menaikkan selera terutamanya bagi penggemar hidangan bercili. Salah satu menu yang paling digemari ramai adalah Dendeng Daging Berlado. Kombinasi daging yang garing dan dimakan bersama sambal berlado yang sememangnya membuka selera. Sedap sungguh! Jom cuba!

 

DENDENG DAGING BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan  lebar
  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato| potong dadu
  • 1 batang serai |ketuk
  • 2cm halia
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit air rebusan daging

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
  4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
  5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
  6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

 

Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.

Published by
Nur