Dengan Satu Pes Boleh Hasilkan Macam-Macam Masakan, Wahh Senangnya!

Share

Berita baik untuk isteri-isteri sibuk terutamanya yang bekerja.  Dengan adanya pes ajaib ini anda semua tidak perlu bersilat di dapur setiap hari. Cuba ambil sedikit masa hujung minggu ni sediakan pes untuk kemudahan di hari-hari bekerja. Dengan pes yang sama ini, anda boleh gunakan untuk masak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain ikut citarasa. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa.

PES SAMBAL

BAHAN-BAHAN

  • 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
  • 3 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2.5cm belacan | pilihan
  • ½ cawan kecil air asam jawa
  • Minyak masak secukupnya

CARA-MEMASAK

  1. Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat.
  2. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama).
  6. Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

SAMBAL SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor sotong | potong gelang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 biji bawang merah | racik
  • 1 batang serai | ketuk
  • 3 sudu makan pes sambal
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai.
  3. Masak dengan api sederhana hingga naik bau.
  4. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
  6. Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.

IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
  • 3 sudu makan pes sambal
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 batang bendi | hiris serong
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Garam  dan gula secukupnya
  • Aluminium foil

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi.
  2. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
  3. Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi.
  4. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit.
  5. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan

ASAM PEDAS AYAM

 BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul ayam | sederhana besar
  • 3 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
  2. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
  6. Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.

CENCARU BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
  • 2 sudu makan pes sambal
  • 1 batang cili merah | hiris memanjang
  • 1 batang cili hijau | hiris memanjang
  • 3 biji cili padi | hiris kasar
  • Sedikit buah nanas | potong kiub
  • Sedikit daun limau purut | hiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan.
  2. Lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  3. Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
  4. Balikkan ikan agar dibakar sekata.
  5. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
  6. Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Published by
Amanina