Untitled design - 2020-12-14T125005.083

Pelbagai kisah kita dengari sejak pandemik Covid-19 melanda negara.Ada yang ditamatkan perkhidmatan kerana hal ini. Biarpun kesukaran dirasai namun hidup perlu diteruskan.Buatlah apa sahaja pekerjaan asalkan halal. Rezeki Allah itu luas jika berusaha tanpa jemu, digantikan dengan yang lebih baik.

Buat Mohammad Syukri Borhan yang dahulunya bertugas sebagai ‘Crew Scheduling Executive’, menyusun jadual penerbangan juruterbang dan kru kabin antara yang terkesan dengan keputusan Malindo Air memberhentikan pekerjanya.

Kesan pandemik tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan fokus dengan bisnes yang diusahakan. Kini gigih mengusahakan sebuah kafe bersama teman baiknya, Nik Azrullah.

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa
Syukri (kiri) & Azrul (kanan)

Momen diberhentikan
“Perasaan sedih memang ada, tapi saya sudah bersedia kerana sejak April 2020 memang sudah diberikan cuti tanpa gaji. Jadi saya harus bersedia dari segi mental jika suatu hari benar-benar diberhentikan.Tarikh mendapat notis pemberhentian pada 30 Oct 2020 dan pemberhentian berkuatkuasa 1 Nov 2020. Tiga tahun bersama Malindo.
Sewaktu diberhentikan melalui surat, saya merasakan biasa sahaja kerana telah sedikit sebanyak bersedia. Namun ketika ke pejabat untuk menandatangani surat berhenti dan bertemu kawan-kawan lain, barulah terasa sedih.

Di meja kerja saya mengemas barang-barang untuk dibawa pulang, saya duduk agak lama kerana sedih mengenangkan apa yang akan saya lakukan selepas diberhentikan. Malindo bukan airlines pertama saya, sebelum ini saya pernah bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan lain (10 tahun bersama airlines), jadi lebih kepada sedih meninggalkan kerja yang telah saya lakukan selama 10 tahun.

Bagi saya kehilangan kerja, bukan sahaja kehilangan mata pencarian utama, saya juga kehilangan keluarga dan kehidupan dalam bidang penerbangan. Saya tidak menjangkakan bekerja dalam industri penerbangan akan berakhir seperti ini,” ceritanya .

Mengurus bisnes kafe
Tidak terbuai dengan perasaan sedih dalam waktu yang lama, tambahan pula Syukri sudah mula menguruskan kafe ketika tempoh cuti tanpa gaji. Cuma, selepas diberhentikan, berkata pada diri mesti lebih fokus kerana kafe adalah sumber pendapatan utama selepas ini.

“Idea tercetus sejak 2017 lagi, saya bersama Azrul merancang untuk membuka kafe, dengan tujuan semua rakan-rakan boleh berkumpul di satu tempat jika ingin berjumpa. Tambahan pula, kami sama-sama meminati kopi dan sering berjumpa dari satu kafe ke kafe yang lain. jadi kami memutuskan “kenapa tidak kita saja yang membuka kafe sendiri”.

IKLAN

Bermula dengan membuka kafe di seksyen 7 Shah Alam (2017), kemudian tutup kerana tidak begitu baik, dan saya mendapat tawaran bekerja dengan Malindo. Waktu itu saya dan Azrul berkongsi modal untuk membuka kafe tersebut dan Azrul yang mengusahakan sepenuhnya kerana saya bekerja di pejabat.

Kemudian, awal 2020 Kafe DOS dibuka di Seksyen 9 Shah Alam. Azrul mengusahakan sepenuh masa dan Syukri hanya membantu dari segi promosi dan media sosial.Kafe ini tercetus kerana keduanya penggemar kopi dan Azrul juga meminati bidang masakan. Mereka juga mahu menyediakan satu tempat untuk bertemu rakan-rakan.

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa
Dengan latar belakang Syukri yang memiliki diploma pengajian perniagaan dan ijazah pengurusan hotel dan katering, manakala Azrul sering travel (waktu bekerja sebagai kru penerbangan) dan mempelajari perniagaan kafe di tempat orang, mengenali ramai orang dalam bidang perniagaan dan memberi pengetahuan dalam bidang F&B ini.
“Sedikit sebanyak saya boleh gunakan ilmu waktu belajar dan Azrul belajar dari pengalaman berkerjasama dengan ramai orang, dan kami gunakan itu dalam perniagaan kami,”akuinya.

Hidangan tempatan dan barat
DOS Café menawarkan pelbagai menu keluarga yang istimewa. Makanan tempatan dan western antaranya nasi, spagheti, snek, piza home made , pankek dan waffle. Bagi minuman pula ditawarkan kopi, teh, mocktail dan ice blended buat pengunjung.

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa

IKLAN

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa
Antara dessert yang ada.

“Signature makanan di sini ialah pizza yang dibuat sendiri dari doh, topping hingga pembakaran. Makanan lain yang wajib cuba jika ke sini ialah Nasi Goreng Balado (bestseller, nasi goreng dengan resipi istimewa campuran sambal balado buatan sendiri), Nasi Ayam Kicap (kuah kicap yang dimasak pekat dengan resipi sendiri), Creamy Bolognese (spaghetti dengan kuah berkrim resipi sendiri, ‘Chicharito’ (tortilla buatan sendiri dihidang bersama ‘chili con carne’, iaitu kuah campuran cili, keju dan daging cincang dan juga Mushroom soup 100% buatan sendiri. Semuanya enak belaka.

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa
Piza homemade yang menjadi signature di sini.

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa

Tidak dinafikan tempoh PKPB ini memberi kesan kepada perniagaan mereka. Namun usaha mereka ialah giat mempromosikan kafe di media sosial juga dengan cara mempelawa sesiapa yang ‘work from home’ untuk bekerja dari kafe tersebut.
“Kami mengutamakan keselesaan pelanggan, kami percaya jika pelanggan selesa dengan makanan dan layanan kami untuk kali pertama, insyaAllah mereka akan datang lagi. Untuk penghantaran, kami menggunakan khidmat Food Panda. Kami merancang untuk menawarkan khidmat penghantaran ke rumah direct dari kami, cuma buat masa ini tenaga kerja kami tidak ramai, tambahan pula kami ingin meminimumkan kos operasi.

IKLAN

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa

Diberhentikan Kerja, Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe  Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa
Suasana kafe yang santai.

Buat anda yang ingin merasa makanan dan kenikmatan kopi dari Dos Cafe’ dengan kualiti yang terbaik boleh saja ke sini. Waktu operasi bermula jam 1230 tengahari hingga jam10 malam, kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Kafe ditutup pada setiap hari Isnin.
“Nasihat saya, jangan takut untuk mencuba. kita tak tahu apa yang Tuhan sediakan untuk rezeki kita. yang penting kita percaya dan terus bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh,”ucap Syukri.

INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.

Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Buat Pizza Cup Tanpa Guna Oven. Serius, Masak Dalam 7 Minit Je.

Chicken Cordon Bleu Mudah. Bakar Boleh Goreng Lagilah Boleh

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI