Untitled design - 2020-11-03T092442.076

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, rata rata terkesan dengan situasi ini. Tambah kasihan ada juga yang dibuang kerja jadi hilang mata pencarian untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun selagi ada usaha dan sabar, tiada yang mustahil untuk anda kembangkan potensi diri dengan membina perniagaan yang mungkin sebelum ini tidak pernah terfikir untuk diceburi.

Berkenalan dengan Siti Hajar Jasat yang berasal dari Seberang Prai, Pulau Pinang berkongsi cerita bagaimana perniagaan bisnes makanan cod bermula.
“Pada mulanya saya hanya duduk di rumah ( di kampung Kedah).Kebetulan dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.Tak jangka PKPD Covid -19 akan memakan masa begitu lama dan mengakibat kehilangan pekerjaan.

Selepas mendapat tahu suami kehilangan kerja.Masa tu suami agak putus asa dan masih belum ada kekuatan untuk memulakan perniagaan.Selepas habis berpantang, ingatkan saya dapat kembali sambung kerja seperti biasa, rupanya syarikat telah sambung cuti saya dengan cuti tanpa gaji selama dua bulan. Selepas tamat tempoh cuti tanpa gaji bulan,kami pulang ke Sepang untuk sambung kerja seperti biasa.

Dengan pendapatan gaji hanya RM2000 nak hidup di bandar sungguh mencabar. Mana nak bayar sewa rumah saja dah RM700, belum lagi lain-lain hal lagi.
Memandangkan situasi ini, kami suami isteri ambil keputusan pulang ke kampung di Kedah untuk mulakan perniagaan. Ketika ini yang ada dalam fikiran, walau apapun jadi kami kena mulakan bisnes. Hanya bermodalkan RM500 dalam tangan, kami mulakan perniagaan cod makanan. Kami masak semuanya di rumah. Tiada kedai, kami berniaga sushi dan makanan western. Alhamdulillah dapat sambutan” cerita Hajar.

Dibuang Kerja Ketika Covid-19, Bukan Pengakhir Segalanya. Bermodalkan RM500 Ditangan, Suami Isteri Ini Mula Niaga Cod Makanan

Rezeki bermula
Berbekalkan pengalaman terdahulu Hajar sebagai pembantu chef di MasAwana Sdn Bhd dan suami tukang masak di Mitec Kuala lumpur mereka yakin dengan usaha yang dijalankan.Kemahiran yang ada mereka gunakan sebaik mungkin untuk kembangkan perniagaan makanan ini.
“Sebenarnya kami tiada asas dalam perniagaan sama sekali. Kami terpaksa membuat research melalui sosial media cara-cara memulakan perniagaan.Alhamdulillah serba sedikit dapat membantu kami.
Selepas solat subuh, kami mula membuat penyediaan bahan-bahan masakan dan memasak. Setelah memasak sibuk packing pula. Dalam jam 11.30pagi kami keluar untuk menghantar makanan.Beginilah rutin kami setiap hari,”akui Hajar.

IKLAN

Dibuang Kerja Ketika Covid-19, Bukan Pengakhir Segalanya. Bermodalkan RM500 Ditangan, Suami Isteri Ini Mula Niaga Cod Makanan
Bagi mengembangkan perniagaan makanan ini Hajar dan suami menyebar maklumat tentang makanan yang ditawarkan mereka di laman media sosial iaitu facebook dan grup-grup whatsapp dua hari sebelum tarikh cod. Kemudian mereka cod ikut kawasan hingga ke depan rumah pelanggan.
“Kami create satu page untuk memasarkan dan mempromosikan bisnes ini.page di fb sushi adudu,Malay,western food. Semua aktiviti, iklan dan maklumbalas dari pelanggan kami kongsikan di sini ,” jelasnya.

Dibuang Kerja Ketika Covid-19, Bukan Pengakhir Segalanya. Bermodalkan RM500 Ditangan, Suami Isteri Ini Mula Niaga Cod Makanan

Dibuang Kerja Ketika Covid-19, Bukan Pengakhir Segalanya. Bermodalkan RM500 Ditangan, Suami Isteri Ini Mula Niaga Cod Makanan

Akui Hajar boleh dikatakan agak mencabar untuk menjalankan perniagaan cod dengan cabaran dan saingan dari peniaga-peniaga lain dari segi modal dan pelanggan. Tambah mencabar lagi kerana keduanya tiada pengetahuan mengenai pemasaran dan perniagaan.Namun itu semua bukan penghalang besar ,mereka percaya dengan rezeki Allah selagi mana terus berusaha.

IKLAN

“Prinsip kami berniaga sambil bersedekah dan tidak berputus asa. InsyaAllah Allah akan bagi lebih pada kita.Nasihat saya, mulakanlah perniagaan, jangan ada rasa malu dan takut. Pada permulaan memang susah dan banyak sangat cabaran.

Cabaran paling utama nak cari pelanggan dan memperkenalkan produk kita sebab orang masih tak kenal dan tak tahu lagikan. Tapi jangan putus asa. Jangan stop iklan apa yang kita niagakan. InsyaAllah rezeki dari Allah itu ada. Cuma cepat atau lambat saja. Walau apapun kita kena sentiasa positif,jujur dan ikhlas. Ini yang buat pelanggan kita tak lari. InsyaAllah, “jelasnya mengakhiri bualan.

Perkongsian: Hajar

IKLAN

Resipi Ayam Goreng Berempah, Takkan Pernah Jemu Dimakan

Ayam Betutu Bali Buat Yang Suka Masakan Pedas

Sajian Enak & Mudah Boleh Jana Pendapatan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI