
Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu salmon panggang ikut cita rasa atau tekak sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.
SALMON PANGGANG
BAHAN-BAHAN
- 1 keping isi ikan salmon
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan Dijon Mustard
- 1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar hingga 200C.
- Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
- Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
- Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
- Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
- Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
- Hidangkan Salmon dengan salad dan sos mustard.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom Cuba Resipi Sandwich Cheesecake Yang Mudah & Senang


Sebelum ini, menu cheesekut dan juga cheesecake popular di kalangan penggemar pencuci mulut. Nah, muncul pula menu baru iaitu Sandwich Cheesecake daripada saudara Muhammad Ali.
Cara buat pun mudah saja. Bolehlah mak-mak lakukan aktiviti memasak bersama dengan anak-anak di rumah.
RESEPI SANDWICH CHEESECAKE MR.ALI

*Guna loyang 6 inci : dapat 4 bahagian
BAHAN-BAHAN
8 keping biskut (Saya pakai Jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil, akan dapat lebih dari 4 bahagian) – beli online DI SINI
250 gram cream cheese
150 gram dairy whipping cream
50 gram gula icing – beli online DI SINI
1 sudu kecil essen vanilla – beli online DI SINI
25 gram oreo yang dihancurkan @ 125gm coklat yang dicairkan
TONTON Let’s Cooking: Brownies Cream Cheese
TONTON Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips: Kek Butter
CARA- CARA:
1.Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.
2. Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller/peti sementara buat lapisan mousse.

*ada 2 perisa, boleh pilih mana-mana
PERISA OREO
CARA-CARA:
1.Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit, henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul beat sampai sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
3. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.

4. Masukkan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai perisa sahaja.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
PERISA CHOCOLATE
CARA-CARA:
1. Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit. Henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul sampai sebati.
2. Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Pukul sebati. Dah sebati, berhenti.

3. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
4. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
*gula atas tu pakai dusting sugar, baru dia tak menyerap, kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.

Kredit resipi: Muhammad Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Sarang Semut Kukus Sempurna Kejadian, Memang Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat Memang Sedap

Ayam Masak Kicap Pedas Pekat ni memang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Ramai yang menggemari menu Ayam Masak Kicap ni malah jika google di internet, ada macam-macam versi. Ada yang kuah cair dan manis, ada yang berempah, pedas dan macam-macam lagi lah. Yang RASA nak kongsi hari ini adalah Ayam Masak Kicap versi pedas dan pekat perkongsian saudari Nurul Ateekah. Jom cuba!
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT

BAHAN-BAHAN:
- Ayam – dicuci bersih
- 8 sudu makan cili kisar – beli online disini
- 1 biji ubi kentang – dibelah – beli online disini
- 1 batang serai – diketuk
- 1 sudu teh rempah sup – beli online disini
- 1 biji tomato – dibelah
- 1 biji bawang merah – potong bulat
- 1 biji cili merah – potong serong
- 1 biji cili hijau – potong serong
- Air asam jawa (1 sudu kecil + 1 cawan air) – beli online disini
- ½ cawan kicap manis – beli online disini
- Gula
- 1 kiub pati ayam – jika perlu – beli online disini
CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian gorengkan ayam sehinga masak. Angkat dan ketepikan juga.

3. Keluarkan sedikit minyak dan dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan serai dan tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.


6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi diikuti bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati .

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam

Krim coklat @ chocolate cream memang pelbagai guna dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan seperti inti roti, donut, bomboloni, kek, jem dan lain-lain. Malah jika dimakan bersama roti sandwich pun sangat membuka selera. Anak-anak pasti menyukainya. Jika dibeli, harganya agak mahal. Jadi boleh cuba buat sendiri krim coklat versi jimat menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Jalilah Jamaludin ni. Pelbagai guna dan paling penting, lebih jimat.
CARA BUAT COKLAT CREAM/ CHOCOLATE CREAM/ KRIM COKLAT PALING JIMAT

BAHAN-BAHAN:
300gm susu kotak – beli online disini
30gm tepung jagung – beli online disini
20gm serbuk koko – beli online disini
40gm gula – boleh ubah ikut selera masing-masing
80gm coklat bar / bar coklat
Secubit garam
15gm mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bancuh tepung jagung, serbuk koko dengan air susu. Sebatikan kesemua bahan sehingga tidak berketul.
2. Masukkan gula. Masak sekejap menggunakan api perlahan.
3. Masukkan coklat bar. Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Kacau sehingga adunan menjadi likat.
4. Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak di atas dapur.
5. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
6. Tutup permukaan krim dengan plastik untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan. Sesuai digunakan untuk pebagai jenis hidangan manisan.

INFO: Simpan krim di dalam peti sejuk. Ia boleh disimpan sehari dua tanpa sebarang masalah. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Jalilah Jamaludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tip Buat Pencicah Air Asam Sedap Menyengat. Gaul Macam Ni, Baru Padu!
Resipi Nasi Air Thai. Sajian Bubur Nasi & Kuah Sup Panas Sedap
Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw
Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

