Diet Tapi Nak Makan Sedap, Cuba Salmon Panggang Ni !

Share

Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu  salmon panggang  ikut cita rasa atau tekak  sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda  mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.

SALMON PANGGANG

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping isi ikan salmon
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan Dijon Mustard
  • 1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar hingga 200C.
  2. Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
  3. Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
  4. Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
  5. Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
  6. Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
  7. Hidangkan Salmon dengan salad dan sos mustard.

 

Published by
Norasida Myasin