Nak makan sedap tapi dalam masa sama, berdiet jaga badan. Jangan risau, menu miang pla pao ini sangat sedap, kenyang dan menyihatkan.
Resipi yang dikongsi Afy Al-Habibi ini, boleh juga dimakan masa petang. Kena dengan sos yang diolah.
Cukup rasa masam masin manis yang tidak ketara. Sesuai untuk orang diet yang nak makan sedap. Hidangan ini sesuai untuk 2 orang makan.
MIANG PLA PAO VERSI DIET & SOS HIJAU THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap
Tepung bestari (original) – beli online di sini
TONTON Laksa Peranakan – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
CARA-CARA:
1. Kelar ikan siakap seperti dalam gambar. Senang nak cubit-cubit nanti.
2. Perap dengan tepung Bestari original satu jam. Renjiskan minyak sedikit atas bekas dan badan ikan.
3. Masuk dalam AF. Saya bakar dua kali. Balikkan depan belakang. Kalau versi biasa terus je goreng dalam kuali dengan minyak yang cukup.
4. Siap! Masak cantik macam digoreng dalam minyak yang banyak.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
*Masak ikan pun ada cara tersendiri untuk kurangkan kalori.
*Sepatutnya guna salad yang biasa tu je. Tapi saya suka campur-campur. Ada timun batang, tomato ceri, daun ketumbar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN SOS HIJAU THAI;
1 genggam kecil cili padi hijau (tak nak pedas menyengat, boleh kurangkan dan gantikan dengan cili besar hijau) – beli online di sini
2 batang daun ketumbar
½ sudu besar nisse thai
3-4 sudu besar sos ikan – beli online di sini
1 labu bawang putih jeruk
½ biji lemon & ½ limau nipis (ambil airnya)
Sedikit sahaja air
CARA-CARA:
1. Kisar sampai lumat. Tuang dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan 2-3 biji bawang putih cincang. Boleh sesuaikan rasanya kalau perlu. Sos nampak berbuih tu sebab saya ambil terus gambar lepas siap.
Kredit resipi: Afy Al-Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: