Bagi penggemar sajian Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini tentunya anda tidak boleh abaikan. Mudah dimasak dan tentunya sedap. Jika dimakan bersama nasi panas, lagilah mantap rasanya. Jom cuba menu ni hari ni. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa. Ada yang satu sahaja sudah cukup untuk membuka selera.
CARA MASAK BENDI GORENG TUMIS BELACAN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bendi
Udang
1 sudu makan serbuk belacan – beli online disini
1 sudu teh serbuk perasa
½ sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR/ TUMBUK:
4 ulas bawang putih – beli online disini
1 biji bawang merah – beli online disini
4 biji cili padi merah
1 biji cili merah
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak .
2. Kemudian masukkan udang. Masak seketika .
3. Seterusnya masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan hirisan bendi. Goreng dan gaulkan sehingga sebati anggaran selama 3 minit.
5. Rasa dan bila cukup semuanya, angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official