Dilantik Duta Jenama Kempen ‘SUPERMILK’. Ernie Zakri Ajak Rakyat Malaysia Jalani Gaya Hidup Aktif

Share

Susu MARIGOLD HL mengumumkan usaha samanya dengan penyanyi tanah air, Ernie Zakri dalam memupuk rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian mereka. Ernie Zakri akan bersama-sama menjayakan sebuah kempen pendidikan ‘SuperMilk™’ bagi menonjolkan kelebihan susu sebagai sumber diet yang seimbang lagi berkhasiat untuk kesihatan yang menyeluruh.

“Kami komited ke atas kesejahteraan dan kesihatan para pengguna kami, sejajar dengan nilai-nilai organisasi kami. Kami berharap pelancaran kempen SuperMilk™ ini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya pengambilan susu, dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami bertekad untuk terus memupuk Malaysia yang lebih sihat menerusi pelbagai produk tenusu & jus minuman kami yang berkualiti tinggi,” jelas Poh Eng Lip, Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn. Bhd., iaitu pengeluar produk-produk MARIGOLD.

“Kami juga berbesar hati mengalu-alukan Ernie sebagai duta jenama Susu MARIGOLD HL. Beliau telah menempa nama dan pencapaian besar dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Kami kagum dengan etika kerja beliau, serta sikap positif dan dedikasi beliau terhadap kesihatan dan kecergasan,” tambah Poh Eng Lip.

Sepanjang kempen SuperMilk™ ini, Ernie Zakri akan menyingkap bagaimana pengambilan Susu MARIGOLD HL memperbaiki kualiti kehidupan beliau dan seisi keluarga. Kempen ini juga akan mendidik rakyat Malaysia bagaimana Susu MARIGOLD HL dapat membekalkan mereka dengan pelbagai jenis mikronutrien yang penting.

“Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi duta jenama Susu MARIGOLD HL. Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, saya memahami betapa pentingnya sumber tenaga dan pemakanan yang sihat untuk diri saya dan juga keluarga. Susu MARIGOLD HL memberikan saya sumber tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, dan saya dapat berlapang dada kerana keluarga saya juga memiliki akses ke atas khasiat-khasiat nutrien penting yang mereka perlukan di rumah. Saya berasa amat bertuah atas peluang untuk mewakili sebuah jenama yang mementingkan kesejahteraan para keluarga, sama seperti keluarga saya,” ujar Ernie Zakri, duta jenama Susu MARIGOLD HL.

Tidak asing dalam dunia hiburan tempatan, Ernie Zakri merupakan penyanyi Malaysia yang juga seorang guru vokal telah memenangi pelbagai anugerah, mula menempa nama dengan memenangi program Bintang RTM pada tahun 2009, dan kemudian menyusul dengan lagu hit beliau, ‘Aku Cinta’ bersama suaminya, Syamel. Ernie telah berjaya merangkul anugerah-anugerah seperti Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-32, anugerah Asean Master Class Award dalam ‘Emerging Performance Artist’ dan banyak lagi, yang turut mewarnai portfolionya.

Sebagai usaha sama dengan Susu MARIGOLD HL, Ernie Zakri akan membuat penampilan eksklusif semasa acara roadshow yang akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan beliau serta mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Susu MARIGOLD HL. Butiran roadshow tersebut adalah seperti berikut:

  • Mydin USJ: 2 petang – 4 petang, 18 Jun (Ahad)
  • Mydin Bertam, Pulau Pinang: 2 petang – 4 petang, 25 Jun (Ahad)
  • Mydin Mutiara Rini, Johor: 2 petang – 4 petang, 8 Julai (Sabtu)
  • Mydin Gong Badak, Terengganu: 2 petang – 4 petang, 15 Julai (Sabtu)

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif MARIGOLD dan aktiviti akan datang, sila layari laman sesawang MARIGOLD di https://www.marigold.com.my/whats-new/.

 

 

Published by
Azlin