Nak makan dim sum, sedap makan panas-panas. Selain kulit inti dim sum pun penentu kesedapannya. Sekali sekala jom beralih selera masakan Cina pulak.
Ni resipi sedap dari Fatin Damia yang berbaloi dicuba. Bukan setakat resipi kulitnya aje dikongsi, siap pakej resipi inti dan kicap dim sum. Jom kita cuba dim sum inti daging dan udang ini.
DIM SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit dim sum :
✔ 1 cawan tepung kentang – beli online DI SINI
✔ 1 cawan tepung kanji- beli online DI SINI
✔ 2 sudu besar minyak
✔ Garam secukup rasa
✔ Air panas secukupnya
Bahan Inti Dim Sum:
✔ 1/2 cawan daging kisar
✔ 1/2 cawan isi udang kisar
✔ 2 biji bawang merah ( dicincang halus )
✔ 3 biji bawang putih ( di cincang halus )
✔ 1 inci halia ( diparut )
✔ 1 sudu besar tepung jagung – beli online DI SINI
✔ 1 sudu besar kicap cair -beli online DI SINI
✔ 1 sudu kecil serbuk lada putih – beli online DI SINI
✔ Daun bawang ( di hiris halus )
✔ 2 sudu besar bawang goreng – beli online DI SINI
✔ Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kicap Dim Sum :
✔ 2 sudu besar minyak bijan – beli online DI SINI
✔ 1 sudu besar minyak cili
✔ 1 sudu besar cuka makan – beli online DI SINI
✔ 1 sudu besar kicap cair – beli online DI SINI
✔ 1 ulas bawang putih ( haluskan )
✔ 2 sudu besar air panas
CARA PENYEDIAANNYA :
✅ Kulit Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat kulit Dim Sum dan masukkan air panas secukup nya. Uli sampai tepung tak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dicanai nipis.
✅ Inti Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti Dim Dum dan masukkan sedikit tepung jagung.
2. Letak inti pada kulit Dim Sum yang telah dicanai nipis tadi dan kelim sesuai selera.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus Dim Sum selama 10 minit menggunakan api besar.
3. Setelah masak, keluarkan Dim Sum dan sejukkan sebelum dimakan bersama kicap Dim Sum ataupun Sos Cili.
#kakakcantik
Kredit FB : Fatin Damia
MAHUMENCARI PENGUKUS YANG TERBAIK , JOM LAYARINYA DI SINI ADA BANYAK PILIHAN MENARIK.
PILIHAN DAN TAWARAN TERBAIK UNTUK PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH JUGA BOLEH DILAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN SUKA JUGA RESIPI NI :
JOM SEMAK VIDEO INI :