Siapa di sini peminat dimsum? Boleh buat sendiri lagi puas makan.Mudah dan berbaloi. Boleh letak isi di dalamnya ikut cita rasa anda. Cicah dengan sos confirm habis sepinggan. Anak-anak yang suka dimsum boleh minta ibu buatkan.

Dimsum

Bahan-bahan inti ayam:
400g ayam kisar Ramly-nak tukar isi udang pun boleh
Crab stik (Optional)
Lobak merah-parut
Daun bawang-hiris
Garam
Gula
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Suhun – rendam air panas.Biar lembut gunting halus. (Optional)
1 sudu minyak bijan
1 sudu tepung jagung
*SEMUA BAHAN DI GAUL RATA*

Dimsum Homemade Jadi Rebutan Anak-Anak

Kulit
Kulit Popiah Vietnam.
Gunting macam dalam gambar. Ikut keperluan sikit-sikit.

Dimsum Homemade Jadi Rebutan Anak-Anak 1.Setiap 4-6 helai rendam air sejuk. Jangan rendam banyak-banyak nanti lembik melekat. Buat sikit-sikit.

Ads

Dimsum Homemade Jadi Rebutan Anak-Anak
2.Kulit dah agak lembut terus ambik inti ayam kemudian balut macam dalam gambar.
Sampai habis kulit yang di rendam, ulang step atas sampai habis inti.

3.Lumur minyak masak atas pinggan supaya dimsum tadi tak melekat. Lumur setiap ketul dengan minyak.

4.Kukus sekali dengan pinggan ikut muatan saiz periuk. Kukus dalam 15 minit. Nak goreng pun boleh. Terus goreng je tak payah kukus. Goreng macam biasa sampai kulit kekuningan.

Sos Cicah
Bahan-bahan:
Cili Sos Thai-tak kisah jenama apa. Nak guna cili sos biasa pun boleh
Kicap manis
Minyak bijan-sikit saja
Biji bijan (Optional)
Air suam
Cara membuat:
1.Agak-agak je semua. Cuma kicap tu sukatan kurang dari sos.
Contoh sos 3 sudu. Kicap 2 sudu.
2.Kemudian gaul sebati. Nak pedas letak cili padi.

Kredit: Kak Her

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Ads

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI