Suka  bergedil? Ini  versi baru  hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn dan bulat bentuknya, gerenti anak-anak suka. Sedap dan senang cara membuatnya.  Elok sangat kalau dijadikan bekal anak ke sekolah  atau untuk anda sendiri ke pejabat. Kalau buat banyak boleh difrozenkan. Bila-bila teringin goreng je. Mudahkan.

BEBOLA KENTANG INTI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji kentang  | buang kulit dan kukus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan hirisan bawang
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak  secukupnya| untuk menggoreng
  • 1 cawan pop corn ayam
  • 1 cawan nestum

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

Ads

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

LANGKAH 2: Campurkan  daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

Ads

LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

Ads

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

LANGKAH 5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

DIY Bebola  Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI