DIY Bekas Rempah Ratus Guna Botol Kaca Terpakai, Cantik & Tersusun Kemas

Share

Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop

ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.

DIY BEKAS REMPAH GUNA BOTOL KACA TERPAKAI

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Cat spray (Spray paint)
  • Label sticker
  • Skru secukupnya
  • Screwdriver
  • L metal
  • Kayu

 

CARA-CARANYA:

1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.

 

2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.

 

3. Skrukan penutup botol pada kayu.

 

4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.

 

5. Siap!

 

Selamat mencuba.

 

Sumber: Fridie Yusop

 

Jika anda mencari KULIT KAYU MANIS, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Naqiyatul Uzma