Sekarang ni musim konvokesyen para graduan universiti. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada majlis ni. Tidak ketinggalan, para pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang tamat darjah 6 serta para pelajar tingkatan 5 pun ada majlis graduasi. Ini adalah antara ‘moment’ indah yang bakal diingati sepanjang hayat mereka. Bukan sahaja pada para graduan, malah ia termasuklah ibu bapa, guru serta pensyarah yang terlibat.

Tradisi majlis gradusi, pastinya ada jambangan bunga segar untuk dihadiahkan buat insan tersayang. Namun agak rugi kerana bunga segar ni tak tahan lama. Malah harganya pun boleh tahan mahal. Jika dibeli, sejambak bunga segar rata-rata harga bermula dari RM70 dan keatas. Hmmm…sayangnya nak habiskan duit macam tu je. Bukan berkira tetapi di zaman gawat sebegini, setiap perbelanjaan perlu diambil kira. Trend terkini, pilihan lain selain bunga, ada yang menghasilkan jambangan coklat. Ha…idea ini nampak lebih masuk akal. Lepas siap bergambar, bolehlah makan. Pasti tidak membazir.

Bakal menghadiri majlis konvo insan tersayang? Apa kata anda hasilkan jambangan coklat secara DIY. Anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri malah pastinya lebih jimat. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hasilnya nampak sangat cantik persis yang dibeli di kedai. Jom cuba idea perkongsian Puan Khairana Rahman.

 

CHOCOLATE TEDDY BEAR BOUQUET

BAHAN-BAHAN: 

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

  • Coklat Ferrero Rocher
  • Teddy bear ( tiada dalam gambar)
  • Rice paper ( guna 4 warna. Boleh beli di kedai bunga ( lebih murah) atau di paper shop.
  • Lidi sate
  • Pita pelekat
  • Riben ( tiada dalam gambar)
  • Gunting ( tiada dalam gambar)
  • Plastik yang dah dipotong empat segi

BACA: 

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

CARA-CARA:

1. Balut coklat dengan plastik dan lekatkan guna pita pelekat.

Ads

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

2. Cucuk coklat dengan lidi sate

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

3. Balut dan lekatkan plastik coklat pada lidi dengan menggunakan pita pelekat.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

4. Potong 4 segi kertas warna seperti di atas.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

ANDA MUNGKIN SUKA: 

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

5. Lipat kecil dan gunting kecil di tengah-tengah

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

6. Kertas yang dah dipotong di tengah.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

7. Masukkan lidi coklat pada lubang kertas. Lekatkan dengan menggunakan pita pelekat.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

8. Buat langkah yang sama untuk semua coklat.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

9. Cantumkan semua lidi coklat menggunakan pita pelekat

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

Ads

KENA CUBA: 

Suka Makan Cendol? Jom Belajar Cara-Cara Menghasilkan Cendol Secara Homemade.

10. Lekatkan lidi satedi bahagian belakang teddy bear tersebut. (cara untuk lekat, boleh ikut kreativiti masing-masing.)
*Mummy cucuk je lidi tu kat jahitan bawah montot dia sebab nak senang. Kalau guna gam nanti rosak bear tu. Kalau guna cellotape tak lekat plak.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

11. Cantumkan bersama teddy bear dan coklat.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

12. Lipat dua rice paper ni.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

13. Balut rice paper dikeliling coklat dan ikat menggunakan riben.

Ads

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

14. Siap! Bolehlah hadiahkan buat anak-anak dan kawan-kawan yang bakal konvo nanti.

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

Contoh bouquet coklat lain hasil air tangan Puan Khairana Rahman. memang kreatif!

DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.        DIY Bouquet Coklat Teddy Bear Untuk Majlis Graduasi. Lebih Jimat & Boleh Deko Ikut Citarasa Anda.

Kredit idea & gambar: Khairana Rahman

 

BACA JUGA: 

Cara Mudah Sental Kuali Hitam Berjelaga. Putih Bersih Berkilat! Kos Tak Sampai RM5 Pun.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI