Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita DIY Mi Kuning Homemade. Cuma Perlukan 4 Ramuan Saja & Anda Boleh...

DIY Mi Kuning Homemade. Cuma Perlukan 4 Ramuan Saja & Anda Boleh Buat Sendiri Mi Kuning Berkualiti!

DIY Mi Kuning Homemade. Cuma Perlukan 4 Ramuan Saja & Anda Boleh Buat Sendiri Mi Kuning Berkualiti!

Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.

RESIPI MI KUNING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 450gm tepung gandum
  • 1 biji telur saiz ‘C’
  • Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
  • Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
  2. Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
  3. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
  4. Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
  5. Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.

*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI