Kadangkala kita sendiri tiada idea untuk mengemas dan menyusun atur barangan di dapur. Jika barang di dapur anda terlalu banyak, anda boleh tiru cara wanita ini mengemas ruangan dapurnya. Hasilnya, dapur kelihatan tersusun rapi, kemas dan menarik.

 

Hanya menggunakan barangan berharga RM2.10, wanita bernama Zilly Ekieyda Full ini berjaya DIY pintu kabinetnya menjadi tempat letak barangan tambahan walaupun pada awalnya dia buntu kerana hanya membeli tempat gantung barang itu tanpa ada tujuan.

Namun, setibanya di rumah, beliau terus mendapat idea untuk melekatkannya di pintu kabinet pada bahagian dalam. Lalu, rak tersebut dijadikan tempat simpanan barang seperti makanan dalam tin, span basuh pinggan dan kain lap.

 

 

IKLAN

Ini antara foto-foto yang dikongsi olehnya di Facebook. Semoga kaedah ini dapat membantu dan dijadikan panduan untuk anda mencantikkan lagi ruang dapur. Bila dapur kemas dan tersusun rapi, hati kita juga yang tenang.

 

 

Jika sedang mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.

SUMBER: ZILLY EKIEYDA FULL

 

Artikel menarik untuk anda:

Cara Semai Kunyit Agar Tumbuh Segar

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

Tahniah, Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah: