Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah tau fu fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Lebih kreatif, admin pernah terjumpa tau fu fa hipster dengan warna terang di satu pasar malam ni.
Memandangkan tau fu fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAU FU FA HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika tau fu fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Jangan biarkan rendaman kacang soya melebihi enam jam bagi mengelakkan ia menjadi terlalu berair.
Anda boleh menggunakan kain lampin untuk menapis air kacang soya.
GDL adalah singkatan bagi Glucono Delta Lactone (boleh didapati di pasar raya atau kedai barangan bakeri)
BAHAN AIR GULA:
Ads
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT: 1. Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
*Elakkan air gula terlalu pekat kerana rasanya akan menjadi pahit.
Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan halia. Bahkan, masakan Melayu juga banyak menggunakan herba ini kerana ia dapat menambah kesedapan dan keharuman sesuatu masakan. Jika ke pasar, terdapat dua jenis halia yang biasa diguna dalam masakan iaitu halia tua dan halia muda. Halia tua lebih banyak digunakan dalam masakan yang perlukan waktu memasak yang lama seperti rendang dan sup manakala halia muda sesuai dimasukkan ke dalam masakan ringkas seperti lauk pauk kacau goreng.
Selain peranan yang besar sebagai ramuan di dalam masakan, halia juga mempunyai khasiat dari sudut kesihatan, yang amat berguna untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Antara khasiat halia ialah, dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi di dalam tubuh manusia. Pengambilan halia dalam jumlah tertentu, sehari-hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
Halia juga membantu penghadaman dan memanaskan badan. Ia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Dek kerana khasiatnya, kini di pasaran terdapat banyak produk-produk yang dihasilkan menggunakan herba ini. Antaranya ialah minuman sedia minum, serbuk halia, teh pra campuran, gula-gula dan banyak lagi. Anda nak cuba makan halia dalam versi sedap? Ini resipi yang boleh anda nikmati. Selamat mencuba.
RESIPI MENGGUNAKANHALIA
1. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
6cm halia muda | hiris nipsis
3 pokok daun bawang | potong 3cm
2 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | titik
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata hingga daging berubah warna.
Setelah air daging kering masukkan sos tiram, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan daun bawang dan tabur serbuk lada sulah, kemudian kacau rata dan tutup api.
Daging Halia sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sesetengah orang suka sedikit berkuah. Oleh itu anda boleh tambahkan sedikit air yang dicampurkan dengan sedikit tepung jagung di dalam daging ini sebelum diangkat.
2. SUP HALIA DAN LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan unsalted butter
6-7 batang lobak merah |kupas kulit dan hiris nipis
2 cawan bawang besar yang dicincang
1 sudu teh halia yang dicincang
2 cawan stok ayam
2 cawan air
3 keping parutan kulit oren
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega di dalam periuk dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan hirisan bawang besar dan lobak merah dan sentiasa kacau kira-kira lapan minit atau sehingga bawang lembut. Pastikan bawang atau lobak merah tidak bertukar warna coklat.
Kemudian masukkan stok ayam, hirisan halia dan kepingan kulit oren. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau lagi.
Biarkan ia mereneh kira-kira 20 minit atau sehingga lobak lembut.
Kemudian, keluarkan kulit oren dan tuang sup tadi ke dalam pengisar makanan. Kisar sehingga ia menjadi puri dan halus. Memandangkan sup masih panas, berhati-hati dan jangan tuang sup sehingga penuh. Sebaliknya kisar sedikit demi sedikit sehingga selesai. Boleh tambah garam lagi jika perlu.
Sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Boleh gantikan stok ayam dengan stok sayur-sayuran jika suka.
Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1 2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak 3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1 4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie 5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus) 6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus) 7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”
Mentega dan marjerin nampak seperti sama. Tetapi kedua-dua bahan ini mempunyai kegunaannya tersendiri. Apakah yang membezakan mentega dan marjerin?
Mungkin kelihatan lebih kurang sama, tetapi sebenarnya kedua-dua bahan ini sebenarnya berbeza. Kenali kelainan antara dua bahan ini agar anda tahu bagaimana untuk menggunakannya.
MARJERIN
Diperbuat daripada lemak sayuran.
Sama seperti mentega, marjerin juga mempunyai minima 80% jumlah lemak di dalamnya
Mempunyai tekstur yang padat dan keras.
Berwarna kuning terang.
Tidak mudah meleleh.
Marjerin atau sapuan akan mempunyai dari 10-90% lemak dalam kandungannya.
Kandungan lemak sayuran dan air akan berubah mengikut jumlah lemak dalam marjerin. Jika rendah kandungan lemaknya maka peratusan air akan lebih tinggi.
Marjerin rendah kolesterol berbanding mentega kerana komponen lemak sayuran di dalamnya. Salah satu bahan dalam marjerin adalah lemak trans tetapi sudah banyak digantikan dengan minyak kelapa sawit.
MENTEGA
Diperbuat daripada lemak susu haiwan (dicampur dengan air, garam dan susu)
Sesetengah mentega dilabelkan sebagai ‘sweet cream butter’. Jika ada, ia menunjukkan krim yang digunakan di dalamnya telah dipasturkan (dipanaskan untuk menghalang sebarang kerosakan ketika proses penghasilan mentega)
Mempunyai aroma yang lebih kuat dan menyelerakan.
Berwarna kuning pucat.
Lebih mudah dicairkan dan meleleh.
Mentega putar pula lebih ‘ringan’ dan sesuai untuk dijadikan sapuan kerana teksturnya yang tidak terlalu padat.
Kebanyakan jenama mentega berbeza antara satu sama lain kerana kandungan lemak di dalamnya.
Kandungan lemaknya harus melebihi 80% dan kerana dibuat dari bahan ini, mentega lebih tinggi kolesterol dan mengandungi lemak tepu yang lebih banyak berbanding marjerin.
MANA LEBIH BAIK, MARJERIN ATAU MENTEGA?
Biskut atau kuih yang dibuat daripada mentega akan lebih kering dan garing tetapi teksturnya lembut dengan bau yang harum.
Penggunaan mentegadalam pembuatan kek sangat meluas kerana ia membuat kek menjadi lembut dan berbau harum. Kandunganlemak yang rendah dalam marjerin pula biasanya akan membuatkan doh atau adunan yang lebih padat.
Mentega mudah menjadi tengik, jadilah lebih peka dan perhatikan selalu tarikh tamat tempohnya. Marjerin pula tahan lebih lama dan jika digunakan untuk membuat kuih tradisional seperti karipap menjadi lebih rangup.
Jenis lemakdalam marjerin dan mentega yang membezakan kedua bahan ini. Perbezaan ini memberi impak kepada rasa, tekstur dan nutrisinya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.