Seorang pemegang Ijazah Kedoktoran, Ph.D dalam industri halal, Dr As Zulqa telah berkongsi resipi nasi lemak dan sambal tumis yang sangat menjadi. Ini diakui sendiri oleh mereka yang mengikut ‘sebijik-sebijik’ resipi nasi lemak dan sambal tumisnya itu, ternyata masakan mereka sedap dan menepati cita rasa.

Dr As Zulqa aktif berkongsi resipi masakan dan kecantikan di media sosial seperti Youtube dan juga blog.

Jom kita lihat resipi nasi lemak dan sambal tumis yang gerenti jadi ini. Yang penting nasi lemak tidak lembik dan sambal tumis pula warnanya cantik dan sedap.

Ads

NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS

Doktor Ph.D Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Gerenti Jadi, Nasi Tak Lembik & Warna Sambal Pun Cantik

BAHAN NASI LEMAK
4 pot beras (cuci bersih)
2 pot santan
1 labu bawang merah (hiris mayang)
1 inci halia (hiris mayang)
Air

CARA MEMASAK NASI LEMAK
1. Beras dicuci bersih.
2. Dalam periuk, masukkan beras yang sudah dicuci. Kemudian masukkan santan.
3. Masukkan bawang merah, halia dan kacau sebati.
4. Masukkan air sampai ruas pertama jari telunjuk.
5. Masak guna rice cooker.

SAMBAL TUMIS NASI LEMAK

BAHAN SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
Minyak masak untuk menumis
2 labu bawang merah besar (dihiris mayang)
Asam jawa + air (pes asam jawa)
3/4 blok gula melaka
Air
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
20 tangkai cili kering (direbus dahulu)
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Ads

CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
1. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena lebih supaya sambal betul-betul masak dan cantik pecah minyak.
2. Tumis hirisan bawang merah sehingga layu. Jangan sampai keperangan garing kerana hirisan bawang yang tidak garing akan hancur dengan sendirinya sepanjang tempoh memasak. Kalau bawang sudah keperangan, nanti bawang akan lebih susah hancur.
3. Selepas naik bau tumisan bawang merah tadi, terus masukkan kesemua bahan kisar
4. Masak sambal sehingga pecah minyak kali pertama.
5. Masukkan air asam jawa
6. Masukkan gula melaka dan daun pandan (daun pandan ini adalah pilihan)
7. Masukkan air
8. Kacau sebati sehingga pecah minyak kali kedua.
9. Tambah air dan perasakan dengan garam
10. Kacau sebati sehingga pecah minyak kali ketiga.
11. Tutup api.

Doktor Ph.D Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Gerenti Jadi, Nasi Tak Lembik & Warna Sambal Pun Cantik
Nasi lemak lengkap dengan sambal, kacang tanah goreng, ikan bilis, telur rebus dan timun.
Doktor Ph.D Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Gerenti Jadi, Nasi Tak Lembik & Warna Sambal Pun Cantik
Pelengkap hidangan nasi lemak.

Selamat mencuba!

Ads

Klik link blog Dr As Zulqa di bawah jika anda ingin menonton video Youtube step by step masak nasi lemak dan sambal tumisnya.

Sumber: www.aszulqa.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI