Cuti sekolah sudah bermula, pasti anda ingin menyediakan menu minum petang yang anak-anak suka. Apa kata minggu ini sediakan donat dengan chorrus, dua kuih manis yang sememangnya digemari anak-anak. Nak cuba, ini resipinya:-
DONAT KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung berprotein tinggi
- 250gm kentang | kukus, lenyek dan biarkan sejuk
- 50gm susu tepung
- 11gm yis
- 100gm gula halus
- 7gm lemak sayuran
- ½ susu teh garam
- 4 biji kuning telur
- 100ml air sejuk
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung, gula, susu dan yis dan gaul rata.
- Masukkan pula kentang dan gaul rata.
- Masukkan kuning telur dan air sejuk. Uli. Campurkan lemak sayuran dan garam. Uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Biarkan 15 Ketepikan.
- Kemudian, bentukkan doh. Biarkan selama 20 minit sampai doh kembang.
- Bahagikan doh menjadi doh-doh kecil dan bentukkan menjadi donat. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dengan api kecil dan goreng donat. Goreng hingga ia berwarna kekuningan. Angkat dan tos.
- Sedia dinikmati.
CHURROS BERSOS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 115gm mentega tanpa garam
- 240ml air
- 2 sudu teh gula halus
- ¼ sudu teh garam
- 110ml tepung serba guna
- 3 biji telur
- Minyak sayuran untuk menggoreng
- Gula halus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Masak hingga mendidih atas api sederhana. Kecilkan api dan masukkan tepung dan gaul kira-kira satu minit.
- Keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Setelah itu masukkan adunan pastri ke dalam beg paiping/pastri yang dipasang dengan nozel berbentuk bintang.
- Panaskan minyak dalam periuk sehingga suhunya mencecah 325 darjah C. Pegang beg pastri beberapa inci daripada minyak dan tekan adunan sepanjang 10cm dan potong dengan pisau.
- Goreng dan balikkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
- Golek churros pada gula halus dan hidangkan bersama sos coklat.