Siapa yang tak inginkan keenakan donat gebu gabas bersira sambal. Dah goreng donat tu kemudian sira dengan sambal. Resipi ini adalah perkongsian Chef Fauzi Karim yang juga dikenali sebagai Chef Fauzi Poji.
Chef Fauzi adalah baker dan pakar kek yang menjalankan perniagaan kek Poji Cakeland di Klang, Selangor. Selain kek tentulah bab memasak ni memang jadi kemahirannya. Donat sira sambal dari Chef ni menggunakan sambal sira sendiri. Tapi dibuat manis dibuat manis sedikit untuk jadi likat dan meletop rasanya.
CARA MEMASAK : 1. Larutkan susu gula dan yis dgn 1 cawan setengah air biarkan sehingga berbuih.. 2. Satukan tepung marjerin dan garam ramaskan bagi rata. 3. Masukkan bancuhan yis yang dah berbuih tadi sehingga menjadi doh dan tak lekat ditangan.(masuk sedikit-sedikit kalau kurang tambah air lagi).. 4. Uli lama bagi doh cantik dan rehatkan doh sehingga kembang . 5. Bila dah kembang tumbuk-tumbukkan bagi keluarkan angin , selepas itu bolehlah dibentuk ikut suka, boleh guna acuan donat 6. Bolehlah digoreng.
.
RESIPI SAMBAL SIRA
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Sedikit air asam
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan di atas kemudian tumis sehingga garing letak gula, gula dan serbuk perasa (jika suka) 2. Masukkan sedikit air asam
.
3.Chef Fauzi letak gula lebih sedikit, nak bagi manis dan likat.
Makanan jalanan atau street food ini mempunyai peminatnya kalau di Indonesia. Ia disukai hampir semua peringkat usia terutama kanak-kanak. Sempol ini rupanya seperti sate, tapi lebih besar. Sempol dibuat dari campuran ayam dan tepung ubi,menjadi adunan yang sedap dan lazat rasanya.Campuran adunan ini dibentuk bulat panjang dan ditusuk pada lidi. Selain ayam, boleh juga diganti udang atau ikan tenggiri.
SEMPOL AYAM
Bahan-bahan:
300gm daging ayam
150gm tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
6 biji bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
1 telur
1.5 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa
6 batang daun bawang -dihiris
1 telur -kacau untuk dilapisi selepas menggoreng
Cara memasak:
1. Haluskan daging ayam dan bawang putih dengan food processor
Terkenang kalau dulu-dulu bila petang musim hujan, mak mesti buat Lempeng pisang. Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat, ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
1. Kisar nasi sejuk dengan air sampai betul-betul hancur. Tapis ke dalam bekas. Ketepikan. 2. Ayak tepung beras dan tepung gandum bersama. Ketepikan. 3. Kemudian, satukan semua bahan di dalam satu bekas, termasuklah nasi sejuk yang sudah dikisar tadi. 4. Bancuh adunan tu biar betul-betul sebati dan tidak berketul (guna whisk pun boleh). 5. Peram selama 1 jam. Pastikan tutup bekas adunan. 6. Panaskan air dalam pengukus, sampai mendidih. 7. Untuk acuan kecil molek ni, saya kukus 10-15 minit. 8. Jangan lupa sapu sedikit minyak masak pada acuan sebelum tuang adunan ke dalam acuan.
BAHAN UNTUK KUAH:
3 ekor ikan saiz sederhana (ikan selayang, ikan sardin atau apa-apa ikan yang sesuai, rebus & perisikan) 2 cawan santan 1 biji bawang merah besar 1 ulas bawang putih Sedikit halia & lengkuas Sedikit kunyit 1 sudu besar ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil lada hitam Gula melaka@nise Garam secukupnya
CARA MEMASAK: Kisar semua bahan hingga sekata. Masukkan dalam periuk, kacau selalu. Jangan tinggal, kacau sampai mendidih dan terus kacau. Kalau tak kacau, nanti pecah minyak tak sedap. Kredit resipi: Fineey Hai
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira