Donat ni cukup special, ada masukkan kentang. Kekal gebu dan sedap. Jom ikut resipi donat kentang dari Puan Maria Bentalib yang cukup kreatif dengan idea memasaknya. Resipi dia cukup mudah diikut, dalam gambar tu ada langkah demi langkah membuatnya.Comel aje rupa donat tu.
Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis berkualiti, barulah donat nanti naik gebu gabas. Sedap dan lembut bila digigit. Makan pulak dengan secawan kopi, memang teramatlah nikmatnya.
DONUT KENTANG OHSEM
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
Garam hujung camca
2 sudu besar susu tepung
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)
.
2 sudu besar gula kasar
1 paket yis segera
1 penutup aisin vanila
200gm kentang – direbus
2 biji telur
1 cawan minyak sayuran
Gula castor secukupnya untuk donut yang dah goreng.
CARA MEMASAK :
1. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.
Ads
.
2. Kemudian. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan
.
3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata..
.
.
4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).
5. Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.
.
6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Biarkan selama 1 jam 30 minit.
.
.
.
7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung.
Ads
.
8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.
#DonutKentang #KegemaranRamai
Kredit foto dan resipi :Maria Bentalib FB : Maria Bentalib
Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia. Tidak kira la apa jenama sekalipun, semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi. Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco, pasti pernah ternampak pelbagai rempah kari yang dijual. Salah satunya ialah rempah kari Cap Orang Terbang ni. Pasti ada yang was-was nak guna sebab tak pernah cuba. Saudari Rosni Musa tunjukkan hasil Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah ini. Mantap dan sedap. Nanti bolehlah cuba.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis lagi buat seketika.
5. Masukkan rempah kari diikuti cili kisar. Kacau rata.
6. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Ulang langkah ini sehingga 3 kali. Masuk air dan tumis campai pecah minyak. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agar bahan tumis betul-betul masak. Hasilnya, lauk kari akan jadi lebih sedap.
7. Masukkan kerisik. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi biar sebati.
9. Masukkan kentang.
10. Tuang santan pekat.
11. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
12. Jika kari kelihatan sangat pekat, boleh masukkan sedikit air.
13. Masukkan juga asam gelugur.
14. Kemudian renihkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
15. Buka penutup kuali dan kacau sebati sekali lagi.
Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Sedap & memang mengenyangkan!
foto: ms.wikipedia.org
Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.
1. NASI IMPIT OLIO
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
2 keping daging salai|dihiris nipis
2 biji bawang putih
2 biji cili padi|hiris halus
1 biji cili merah |dipotong dadu
10 biji ceri tomato|dipotong dua
Garam secukup rasa
Minyak jagung|untuk menumis
Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.
INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.
2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
3 biji bawang merah|dikisar
2 biji bawang putih|dikisar
2 biji cili merah|dikisar
3 biji cili padi|dikisar
½ cawan udang kering|dibersihkan
Sedikit minyak|untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub stok ayam
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.
3. SALAD NASI IMPIT
BAHAN-BAHAN:
4 paket kecil nasi impit|direbus
1 biji timun jepun
15 biji anggur
10 biji ceri tomato
125gm jagung dalam tin
1 paket daun salad campuran
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:
1 biji lemon
15ml madu
Sedikit minyak jagung
Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
Lalu gaulkan sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.
4. NASI IMPIT SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
1 paket besar nasi impit|direbus
500g paru yang sudah direbus
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato|dicincang halus
Sedikit air asam jawa
5gm sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa anda.
Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.
Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.
Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey, pasti ramai yang teringat-ingat akan keenakan hidangan istimewa ni. Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ayam Masak Vanggey ni untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rani Genga ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
1 ½ ekor ayam – gaul dengan garam serta serbuk kunyit
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. 2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. 3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus. 4. Tumis rempah 5 sekawan seketika. 5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan. 6. Masukkan bahan-bahan kisar. 7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak. 8. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. 9. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili. Gaul sebati.
10. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus. 11. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
12. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan. 13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.