Donat pandan tanpa telur ini tetap gebu dan lembut. Donat adalah kuih yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, dinikmati bila-bila masa saja. Tak kira pagi atau petang.
Ia juga selalu ada kalau acara makan-makan diadakan. Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Helley HNini agak berbeza kerana berperisa pandan dan berwarna hijau.
Selain itu, rupanya resipi ini tak menggunakan telur langsung. Tapi ternyata ia tetap gebu dan lembut. Ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Pertama, satukan bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
Kemudian satukan bahan B hingga sebati. Akhir sekali, masuk yis dan kacau. Selepas itu tutup Biarkan doh kembang.
Setelah doh kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Uli doh agak-agak sudah sebati, ambil satu sudu majerin. Uli lagi dalam 5 minit.
Ads
Biarkan kembang dalam 1 jam. Pastikan doh tadi ditutup menggunakan kain lembap.
Selepas 1 jam, uli lagi sekejap. Setelah itu, bahagikan doh menjadi kecil-kecil. Kemudian bulatkan. Biarkan kembang dalam 10 -15 minit. Setelah itu bolehlah digoreng.
Panas minyak dalam kuali. Janngan guna api besar. Biar panas dengan api sederhana kecil. Goreng donat dua kali pusing je..
Jangan banyak kali pusing, nanti donat serap minyak. Angkat toskan. Taburkan gula kastor dan sedia untuk dinikmati.
Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya, jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini. Berbaloi untuk dicuba.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Kite panggil kuih bakar pandan..ade yg panggil bingka tepung…suka yg jenis kosong camni..x letak bijan…x kisah la tu..janji sodap..kuih peberet seisi keluarga ni. Saya ikut resepi ni tau…boleh la cube…
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula..kurangkan kalau x nak.manis
1 cwn air pandan
2 1/2 cwn santan
sedikit garam
Cara memasak:
Campurkan semua bahan..kacau
Nak bagi sebati saya blend kejap.
Lepas tu boleh le dimasukkan dlm loyang dan dibakar
Oven suhu 200 selama 1 jam…kalau nak kerak lebih bakar la lama sikit ye…
Jika dulu di zaman sebelum merdeka, pisang dan ubi kayu adalah antara makanan popular. Cara masaknya pun sangat ringkas. Sama ada dibakar, direbus atau dimasak bersama nasi. Maklumlah, waktu itu kehidupan susah, tiada wang dan sumber terhad. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang banyak beza.
Jadi kalau ada pisang dekat dapur tu, jangan biar gitu je. Macam-macam boleh buat tau. Salah satunya ialah Apam Pisang terlajak mudah perkongsian saudari Achik Ita Jsd Kelantan ni. Hanya guna bahan-bahan ringkas dan kukus pun hanya 5 minit.
APAM PISANG MUDAH TERLAJAK GEBU
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan – potong kecil
3/4 cawan gula – jika suka manis, guna 1 cawan
2 biji telur gred B
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.
2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.
4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.