Donut ball begini memang kegemaran anak-anak. Teksturnya lembut gebu dan manis disalut gula atau Nutella sesuai sangat dijadikan hidangan petang untuk mereka.
Boleh juga dijadikan hidangan untuk majlis kerana cara membuatnya ringkas saja. Nak uli guna tangan saja pun boleh.
Resipi Donut Ball Lembut Gebu
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu teh yis
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 cawan air sejuk dari peti ais (kalau guna mixer)
Secawan air suam (kalau uli guna tangan)
Cara penyediaan
1. Campurkan je semua bahan kecuali air dalam mixer, mix dalam 4-5 minit. Kemudian masukkan air dan uli sampai doh tak melekat dekat mangkuk. Putar lebih kurang 15-20 minit.
Ads
2. Rehatkan 30 minit -1 jam, hingga doh naik dua kali ganda dari asal, kemudian boleh bentukkan. Boleh guna acuan kuih yang bentuk bulat.
3. Rehatkan 5-10 minit, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
4. Biarkan sejuk kemudian boleh salutkan dengan gula kastor atau tuangkan Nutella di atasnya.
Ads
Cara uli dengan tangan
Campurkan air , gula dan yis. Tunggu sehingga kembang.
Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, butter, telur, baking powder. Gaul, jadikan seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan air sikit demi sedikit, uli macam biasa sehingga doh tak melekat di tangan. Uli lama untuk dapatkan donut yang lembut dan gebu.
Selepas itu boleh rehatkan doh dan teruskan dengan langkah seperti di atas.
Ads
INFO: Resipi ini tak diletakkan garam kerana menggunakan salted butter.
Kuah tradisi punya ramai peminatnya. Orang sering menganggap buat kuih tradisi sukar. Jom kita buat kuih seri muka ikut sukatan cawan. Gerenti menjadi dan rasa pun sedap.
KUIH SERI MUKA
Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
Cara membuat:
1.Cuci pulut toskan.
2.Masukkan santan dan garam.
3.Kukus dalam talam selama 25minit kemudian angkat.
4.Penyek-penyek hingga padat.
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan.
2.Kisar hingga adunan halus.
3.Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan. Jom semak resipi kuih bakar tradisional.
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF: Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan /santan kotak yang pekat
1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
Secubit garam
Pewarna hijau jika suka
1 sudu teh esen vanila jika suka
Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci) Masa memasak : 45 minit hingga sejam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF: Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
Sedikit sagu daripada ubi kayu
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in) Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF :Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN :
5 biji pisang emas /dilecek
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
Bahan diayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF: Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
Siapa penggemar kuih apam? Dapat pula makan apam yang gebu gebas dan lembut. Dimakan pula dengan kopi panas dan dicicah dengan kelapa parut alahai nikmatnya. Korang boleh buat sendiri apam yang jadi kesukaan ramai ini. Ikut resipi Rose Rosnah .
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!