Donut kalau nak gebu kena ikut peraturan bahannya pasti menjadi! Paling best bila dah tahu asas resipi donut gebu macam-macam perisa kita boleh buat. Anak-anak pasti suka tengok donut gebu meriah pelbagai perisa. Kalau tiba-tiba terasa nak tambah pendapatan pun gerenti laris habis. Donut yang sedap memang wajib gebu dan lembut walaupun dah terbiar lama bawah tudung saji bila dimakan masih kekal sedap begitu memang kegilaan ramai. Resipi yang dikongsikan oleh Shieda Rashidah di Facebook ni memang menjadi kalau di cuba.
DONUT GEBU
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung high protein
100gm marjerin pelangi
2 biji telur
Ads
2 sudu besar shortening
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil cream super
2 sudu kecil potato flakes
1 sudu kecil garam halus
2 paket yis
425ml air suam
CARA PENYEDIAAN:
1. Masuk semua dalam mixer..biar dia pusing selama 30 minit sebab nak bagi dia elastik
2. Lepas tu..timbang 30 ke 40gm n buat bulat…kalau nak besar lagi timbang lebih sikit
3. Buat adunan bulat tu sampai habis kemudian barulah ambil penutup air tekan tengah2. Diiingatkan ambil adunan bulat yang mula2 skali yang anda buat tu dan kemudian teruskan dengan yang lain..sebabnya yang mula2 buat tu dah kembang dulu.
4. Nak rehatkan pun boleh..nak terus goreng pun boleh..sebab masa menggoreng nanti pun akan kembang
Lauk singgangsangat ringkas dan mudah dimasak. Bagi anda yang gemarkan lauk pauk berkuah yang tidak menggunakan santn atau rempah, singgang ni memang sesuai dan kena dengan selera. Nak cuba? Ni ada resipi mudah. Resipi Singgang Ikan Selar ini adalah perkongsian dari saudari Nana Sabrina Sarsan yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
RESIPI SINGGANG IKAN SELAR SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan selar – belah dua Garam secukupnya Perahan air asam jawa secukupnya – beli online disini Air secukupnya 1 biji bawang merah saiz besar – hiris – beli online disini 2 ulas bawang putih – hiris – beli online disini 1 batang serai – ketuk 1 inci halia 1/2 inci kunyit Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini 1 sudu teh minyak masak Tomato (optional) Cili merah dan cili padi (optional)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan potong dua.
2. Dalam periuk bersesuaian, campur semua dan didihkan guna api perlahan selama 20 minit.
3. Bila ikan kelihatan masak, angkat dan Singgang Ikan Selar sedia untuk dihidang.
Di zaman semua bahan naik harga dan mahal ni, ada baiknya kita berjimat cermat dalam apa-apa urusan seharian. Begitu juga dengan masakan. Jika anda seorang yang gemarkan lauk pauk ringkas, koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba. Walaupun hanya menggunakan ikan sardin, keli, telur dan sayur-sayur kampung, anda masih boleh hasilkan lauk pauk yang hebat dan enak. Jom cuba!
1. SAMBAL KERING IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN
500gm ikan sardin segar – bersihkan dan potong dua
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1 batang serai – kisar
1 biji bawang besar hiris
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumis pula bahan kisar.
Masukkan gula, garam dan hirisan bawang besar.
Bila sambal menjadi garing dan kehitaman, masukkan ikan.
Tutup api dan gaul rata dan sekata rasa.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan sardin boleh juga guna ikan lain yang saiznya kecil.
2. IKAN KELI BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan keli – lumur dengan garam dan kunyit
30gm cili api merah
200gm cili merah
100gm bawang besar
2cm belacan
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan keli yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kisar kasar cili api, cili merah, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
Untuk membuat sambal; menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan kisar bersama asam keping hingga garing dan terbit bau.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya.
Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng.
Sedia dinikmati.
INFO CHEF: Boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.
3. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur- rebus & kupas kulit
150gm rempah kurma – bancuh dengan air
1 labu bawang besar – belah 6
1 biji cili merah – belah dua
1 biji kentang – belah 4
500ml santan
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika.
Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati.
Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk.
Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika.
Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur – rebus
150gm rempah kari – bancuh dengan air
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 biji terung bulat – belah empat
1 tangkai daun kari
375gm santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau.
Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata.
Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan telur dan biarkan mendidih.
Tutup api dan sedia dinikmati.
5. PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk ubi kayu rebus
150 gm ikan bilis – kisar kasar
7 ulas bawang merah – kisar kasar
4 ulas bawang putih – kisar kasar
10-15 tangkai cili padi – kisar kasar
Garam dan gula secukupnya
150ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa bilis boleh tambah lebih ikan bilis.
6. PERIA TUMIS IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji peria katak – hiris nipis.
150gm ikan bilis – kopek
150ml santan pekat
4 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
10 tangkai cili padi – kisar
1 sm kunyit hidup – kisar
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ramas peria bersama garam kasar dan sedikit cuka makan. Cuci dan tos.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan peria, kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, garam gula dan air asam secukupnya.
Kecilkan api kacau rata sehingga timbul minyak.
Angkat dan hidang.
INFO CHEF: Tujuan peria diramas dengan garam dan cuka adalah untuk mengurangkan rasa pahit.