Kuih Donat antara kuih kegemaran orang Malaysia yang rata-ratanya menyukai kerana kuihnya yang gebu dan manis bergula. Jika inginkan donut yang lebih kreatif dan sedap, apa kata cuba resipi Suhasnida Ismail‎ ini yang sangat gebu dan rasa yang menarik untuk di cuba!

Donut Pisang. Ikut Cara Ni, Donut Jadi Gebu Dan Montel!

Donut Pisang. Ikut Cara Ni, Donut Jadi Gebu Dan Montel!

IKLAN

Resipi Donat Pisang Montel

Bahan-Bahan:

  • 400gm tpung hp
  • 100gm tepung gandum
  • 10gm yis
  • 50gm gula (tambah jika nak manis lagi)
  • 5gm garam
  • 1biji kuning telur (taknak letak pun tak apa)
  • 100-150gm pisang masak (pisang ni nak guna baru kupas dan lecek. Tak nak lecek dan simpan sampai jadi hitam macam buat kek pisang tu ye)
  • 50gm shortening/marjerin
  • 85-100ml air sejuk cold
  • 5gm any improver (gr superbake boleh)
  • Cream super pun boleh.

Cara-Cara:

IKLAN

Donut Pisang. Ikut Cara Ni, Donut Jadi Gebu Dan Montel!

  1. Masukkan semua bahan dalam bowl, kecuali air, putar dulu mixer bagi sebati.baru tuang air sikit sikit sampai jadi doh
  2. Masukkan 100ml air letak sedikit sampai jadi doh kasar.jika guna cream super boleh add 10gmDoh jangan terlembut
  3. kena pandai tengok bila masukkan air tu ye.korang jangan pi tuang semua ayaq sekali gus
  4. Uli sampai licin berkilat dan elastic.
  5. Keluarkan doh dan timbang 35gm
  6. Sapu tangan dengan sedikit minyak
  7. Rounding biar licin dan kemas
  8. Rehatkan doh 5-10minit
  9. Leperkan dengan jari jer,tebuk lubang
  10. Biarkan kembang dan boleh la panaskan minyak untuk goreng.
  11. Minyak banyak lebih kurang 3/4 kuali
  12. Panaskan dengan api kecil dan boleh goreng donat yang dah kembang.
  13. Jika uli tangan,boleh guna ayaq suam,nak bagi doh elastic masukkan dalam plastik dan ramas sampai licin dan berkilat.ni kena sado sikit la ye

Donut Pisang. Ikut Cara Ni, Donut Jadi Gebu Dan Montel! Donut Pisang. Ikut Cara Ni, Donut Jadi Gebu Dan Montel!

IKLAN

Kongsi resipi: ‎Suhasnida Ismail‎

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI