Dah biasa makan bomboloni kan? Kali ini kita ubah sikit. Kita buat Creamy Milk Donut yang terkenal di Korea.
Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, memang sangat sedap! Donut super gebu, lepas itu dengan inti yang lemak berkrim.
Perghhh, makan sambil pejam mata uii. Hias pula dengan gula warna warni untuk anak anak. Kosong untuk ibu dan ayah.
Donut ini sedap, gebu dan lembut macam awan. Tapi, istimewanya inti di dalam yang rasa lemak berkrim disukai ramai. Anak-anak pakat teruja tengok donut montok. Makan seketul memang tak cukup.
3. Bila nampak adunan kasar sudah terbentuk, masukkan 30gm mentega ya.
4. Adunan yang dah siap diuli. Kita biarkan dia kembang 2 kali lipat.
5. Tengok adunan dah naik gebu seperti dalam gambar. Ini lebih kurang 1 jam ye.
6. Buangkan angin dalam adunan tadi. Dah kempis balik. 7. Kemudian, bahagikan mengikut berat yang diinginkan. Saya buat setiap doh berat 25g dan dapat hampir 20 ketul.
Belah 2 donut tapi jangan sampai putus ye. Bubuh inti di tengah seperti dalam gambar. Hiaskan dengan hiasan pilihan. Kosong gini pun dah sedap sangat dah.
Sajian Thailand sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya, SiakapMangga ni. Memang sedap dan ramai yang suka. Satu hidangan ni kalau makan di restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata, anda cuba masak sendiri. Saudari Mariana Zainal ada kongsikan resipinya. Sangat ringkas dan pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SIAKAP MANGGA STAIL SIAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan siakap
Tepung jagung
Garam
BAHAN SOS: 1 botol sos pencicah Thai (Maepranom sweet chilli sauce) (beli online disini) 1/2 botol sos cili Thai Life (beli online disini) 2 rencis kicap masin (beli online disini) 1 cawan air 5 biji cili merah – untuk rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi siam 5 ulas bawang putih (beli online disini) 4-5 akar ketumbar
BAHAN-BAHAN LAIN: Mangga muda – diparut atau dicincang Bawang besar – hiris nipis Cili padi – hiris Cili merah – hiris Daun salad
CARA MEMASAK: 1. Siang ikan siakap dan bersihkan dengan asam jawa. Kemudian lumurkan dengan garam serta tepung jagung dengan secukupnya.
2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Untuk membuat sos, tumbuk cili merah, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan juga sos pencicah Thai, sos cili thai, kicap masin dan air. Masak hingga mendidih dan padamkan api.
5. Untuk menghidang Siakap Mangga ini, letak ikan dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad.
6. Taburkan hirisan mangga, bawang besar, cili padi dan cili merah.
7. Akhir sekali, tuangkan sos yang dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
Bila tiba musim perayaan, hidangan Daging Malbari ni antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Bagi anda yang teringin nak rasa dan sajikan buat tetamu yang bertandang, resipi di bawah ini sangat mudah untuk dicuba. Sukatannya adalah untuk 1kg daging. memang mudah nak agak jika nak gandakan jumlahnya.
RESIPI DAGING MALBARI ( 1 KG DAGING)
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – dipotong kecil
1/2 botol kecil kicap kipas udang
3 bungkus kerisik ( anggaran 5-6 sudu makan)
Gula merah – RM1 @ 1-2 keping. Masak dengan sedikit air & tapis.
BAHAN KISAR:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan rempah biji
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
Segenggam cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan kisar dalam kuali (tanpa minyak) sehingga wangi. Guna api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.
2. Kemudian satukan bahan kisar bersama daging dan kicap. Kacau sebati dan perap selama 1-2 jam.
3. Cukup masa perapan, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis daging yang diperap tadi. Masukkan sedikit air.
4. Masak sehingga daging lembut. Jika masih keras, tambah lagi air sehingga lembut.
5. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
6. Masak hingga kuah pekat berpalut pada daging. Sedia untuk dinikmati!
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.