Bila kita buat donut, mesti kita akan pelembut roti untuk bagi donut lembut dan gebu. Nah, kali ini apa kata kita kongsikan resipi donut susu yang sedap tanpa guna pelembut roti tapi tetap lembut sampai ke petang.
Resipi yang dikongsikan Nurul Ijlah ini, memang mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Boleh juga gunakan resipi untuk jualan secara kecil-kecilan.
DONUT SUSU TANPA PELEMBUT ROTI
BAHAN-BAHAN:
250g tepung high protein
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama)
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Dapatkan Ogawa iReflex Foot Massager dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker.
2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. 10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan.
7. Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Kredit resipi: Nurul Ijlah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: