Donut Tanpa Yis Popular Di Luar Negara. Boleh Cuba Untuk Berbuka

Share

Donut tanpa yis kini sangat terkenal di negara seperti Jepun , Korea Selatan dan Taiwan. Kalau diadun doh belah pagi, petang sempat aje membuatnya untuk dijadikan menu untuk berbuka.

Donut ni sangat garing di luar dan lembut di dalam. Jom semak resipi perkongsian Fatin Damia ini, donut antarabangsa ni memang lah sedap rasanya.

DONUT TANPA YIS

BAHAN-BAHAN :.

Bahan A:
✔ 30gm tepung pulut
✔ 2 sudu makan air

Bahan B:
✔ 225 gm tepung pulut
✔ 50 gm gula pasir
✔ 1 sudu kecil baking powder
✔ 120 ml susu cair / susu full cream
✔ 1 biji telur size A
✔ 30 gm mentega / marjerin / shortening

CARA PENYEDIAANNYA :

1. Campurkan bahan A dan masak atas api sampai pekat sedikit. Ketepikan.

2. Dalam bekas lain, masukkan bahan bahan B dan masukkan juga bahan A yang telah sejukkan tadi. Gaul rata sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

3. Rehatkan doh selama 1 jam dan tutup dengan kain bersih..

4. Selepas 1 jam, bentukkan ikut saiz dan bentuk yang disukai. Goreng menggunakan api kecil.

5. Setelah donut masak, golekkan dalam gula atau boleh juga diletakkan pelbagai jenis glaze sesuai selera.

Kredit foto & resipi : Fatin Damia

ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI:

 

Published by
Faridah Talib