Hidangan mi rebus ini boleh jadi menu untuk menjamu tetamu yang datang beraya. Bukan saja enak malah ara membuatnya pun tak susah selain bahan yang digunakan pun tak banyak.
Cuma kalau nak rasa mi rebus yang dimasak lebih sedap, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini. Katanya resipi ini adalah daripada ibunya. Memang sedap sampai boleh ulang makan lima kali sehari.
Cara buat mi rebus sedap sedap
Bahan-bahan
1kg mi kuning -dicelur dan ditos
Bahan kisar
Segenggam cili kering (rendam lembut)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
Bahan lain
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kari daging
Cara membuat:
1.Tumis semua bahan kisar kisar. Setelah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang (inilah rahsia penyedap kuah) dan ubi keledek yang dikisar.
2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Seimbang masam, manis, masin kuah! Akhirnya sekali masuk udang. Selepas kuah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama supaya tak keras.
4. Kepekatan kuah ikut cita rasa, sebaiknya tak cair dan tak pekat sangat.
5. Sediakan mi rebus bersama dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau yang dipotong!
Suka makan Laksa Lemak Kelantan? Sedap kan? Lebih kurang Laksam juga juga berbeza dari saiz mi nya sahaja. Hari ni RASA nak kongsikan resipi perkongsian saudari Roselinda Jd yang sedap dan ringkas. Namun ramai yang takut untuk cuba masak hidangan ni kerana menganggapnya susah untuk disediakan. Sebenarnya nak masak Laksa Lemak Kelantan ni sangat mudah. Jika cukup semua bahan, sekejap je dah siap masak. Nak cuba masak untuk ahli keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK LAKSA KUAH LEMAK PUTIH KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 1 paket laksa kecil kering – celur hingga lembut – beli online disini
BAHAN KUAH: 5 ekor ikan kembung 2 keping asam gelugur – beli online disini 1 biji bawang besar – kisar halus 3 ulas bawang putih – kisar halus 1 ketul kecil halia – kisar halus ½ sudu makan lada hitam – kisar halus – beli online disini 1 sudu teh garam 1 ½ kotak santan – beli online disini 2 cawan air Gula secukup rasa
BAHAN ULAM (HIRIS HALUS): 1 ikat daun selom 5 batang kacang panjang 1 ikat daun kesum 1 kuntum bunga kantan 1 mangkuk taugeh
BAHAN SAMBAL BELACAN: 2 tangkai cili merah 10 biji cili padi 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh belacan – beli online disini 1 limau nipis
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat Sambal Belacan, tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. Celur juga laksa hingga lembut. Toskan.
2. Bila semua bahan sudah lumat, perah limau nipis dan sebatikan. Ketepikan seketika. 3. Untuk kuahnya, rebus ikan bersama garam dan asam gelugur. 4. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan. 5. Kisar tulang ikan bersama 2 cawan air rebusan ikan. Tapis dan ambil airnya. 6. Kemudian ambil isi ikan. Kisar bersama air kisaran tulang ikan tadi hingga halus. Ketepikan. 7. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam hingga halus. 8. Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kisaran isi ikan, campuran kisaran bawang, asam keping, santan, air dan sedikit garam.
9. Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah menjadi pekat. 10. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa. 11. Kuah Laksa Lemak Kelantan siap disediakan.
12. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk. Isi bahan-bahan ulam dengan secukupnya, letak sambal belacan dan tuang kuah. Boleh perah sedikit limau nipis untuk rasa sedikit masam.
Melalui facebook Yasmin Fami, dikongsikan resipi untuk individu yang sibuk. Dengan resipi ini, korang boleh menyediakan mihun goreng dengan cepat dan tetap sedap.
MIHUN GORENG EKSPRES
.
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
3 peket perencah mihun
2 peket bebola ikan
1 peket mihun | rendam air panas
Segenggam tauge
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan perencah.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula mihun dan tauge. Gaul lagi.
4. Masak sehingga kering. Boleh matikan api dan angkat.
5. Kalau nak pedas, buat sambal kicap dan perahkan limau.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira