Dried Chilli Pan Mee, Masakan Cina ‘Hakka Style’

Share

Masakan Cina berketurunan ‘Hakka’ yang wajib ada sambal cili kering dan ayam atau daging cincang tumis.

DRIED CHILLI PAN MEE

BAHAN-BAHAN:

  • Mee kuning / Mee kuning nipis (dicelur)
  • Ayam cincang – resipi disertakan
  • Sambal – resipi disertakan

BAHAN HIASAN:

  • Daun bawang (cincang halus)
  • Telur separuh masak
  • Bawang goreng
  • Taugeh dicelur

BAHAN AYAM CINCANG:

  • 400 gram ayam cincang
  • 3 ulas bwg putih – cincang
  • 4 ulas bwg kecil – cincang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar air
    Garam / Lada putih untuk perisa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn sedikit minyak dlm kuali
  2. Masukkan bwg merah.. goreng sebentar.. masukkn bwg putih.. tumis hingga naik bau
  3. Masukkan ayam cincang dan goreng hingga masak
  4. Masukkan kicap cair, kicap pekat, air.. Perisakn dgn garam / lada putih

BAHAN SAMBAL:

  • 300grm cili kering – rebus
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cili kering. Bila sudah masak kisar bersama bawang besar dan bawang putih
  2. Goreng hingga wangi. Perisakan dengan garam dan gula.
  3. Bila semua sudah disediakn. Letakkan mi di dalam mangkuk. Letakkan sambal, ayam cincang, telur setengah masak, taugeh, daun bawang & bawang goreng.

INFO: Sesuai juga makan bersama sup ikan bilis.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ahmad Shukri Shukor 

Published by
Zera Naim