Drummet Goreng Madu. Sedap Hingga Menjilat Jari!

Share

Jika mahukan rasa Drummet Goreng Madu yang lebih pedas dan menyengat, anda boleh menggunakan cili padi atau sekadar cili merah.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
  • 10gm serbuk lada sulah
  • 10gm garam
  • 10gm sos tiram
  • 250gm mentega
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan madu

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
  2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
  3. Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili merah dan daun kari hingga garing.
  4. Taburkan di atas ayam goreng.
  5. Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
Published by
Nur