Kerabu adalah sejenis masakan yang boleh dikatakan menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak masak atau bergoreng dan berlemak. Selalunya, kerabu hanya menggunakan teknik hiris dan digaul dengan sedikit penambah rasa seperti garam atau perahan lemon.
Kali ini RASA ingin kongsikan dua resipi kerabu yang sudah pasti ramai peminatnya. Jom kita lihat resipi yang dikongsikan ini.
BAHAN-BAHAN
3 biji mangga muda
1 inci belacan
7 tangkai cili padi
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Kupas dan kemudian hiris mangga nipis-nipis dan panjang-panjang. Masukkan mangga yang siap dipotong dalam mangkuk.
2. Masukkan belacan yang sudah dihancurkan menjadi serbuk.
3. Potong cili padi halus-halus. Kemudian masukkan dalam mangkuk tadi.
4. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Tidak perlu tambah air kerana mangga akan mengeluarkan airnya sendiri.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul sekejap. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
SUMBER: Iedaa Jahaya
Terima kasih berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
BAHAN-BAHAN
10 kaki ayam
7 tangkai cili padi (dihiris)
1 ulas mawang merah (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi (perah jusnya)
Sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut. Toskan dan biarkan sejuk.
2. Setelah kaki ayam sejuk, tanggalkan isi daripada tulangnya. Masukkan dalam mangkuk.
3. Kemudian, masukkan cili padi, bawang merah, serai dan tomato ceri. Gaul rata.
4. Masukkan pula sos ikan, jus limau kasturi, garam dan gula. Gaul lagi.
5. Kalau suka berkuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Siap!
Selamat mencuba!
SUMBER: Dapur Syira Lokman
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.