Dah makan lauk pauk raya mesti sedap kan kalau ada hidangan kek sebagai pencuci mulut. Kek vanila keju leleh dan kek keju Oreo memang legend dan melengkapkan hidangan. Petang-petang menonton rancangan istimewa Hari Raya sambil menikmati kek memang sedaplah.

Berkrim dan lazat ni dia dua kek keju dari Adriana Cakes House. Memang lembut dan berkrim sedap.

KEK VANILA KEJU LELEH

Dua Kek Keju Sedap, Tambat Selera Famili Di Hari Raya

 

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla span:

150gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping keju leleh :

250 gm keju krim
1 cawan susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream
Parutan keju cheddar | sebagai hiasan

CARA MEMASAK :

Kek vanilla span :

IKLAN
  1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
  2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
  4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
  5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
  6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
  7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Topping krim keju :

  1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
  3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
    Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju      

INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.

KEK KEJU OREO

Dua Kek Keju Sedap, Tambat Selera Famili Di Hari Raya

IKLAN

Bahan-bahan

Bahan dasar kerak :

80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan

Bahan krim keju :

250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
60 ml air panas
50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan

CARA MEMASAK :

Dasar kerak:

IKLAN
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.

Kek krim keju :

  1. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
    Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
  2. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  4. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
  5. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
  6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk

Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju      

INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.

Kredit: ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Tiga Kek Tanpa Oven Ceriakan Famili Di Kala PKP

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI