Dua Lauk Siakap & Sardin, Boleh Buat Air Liur Meleleh.

Share

Dua resipi ni sedap kemain, ni dia resipi siakap stim cendawan dan masak lemak sardin nanas. Resipi ringkas yang boleh membuat korang kecur air liur.

Resipi pertama siakap stim cendawan makin sedap dengan ramuan cendawan tiram. Dan yang kedua sardin masak lemak special weii dengan nenas. Boleh cuba keduanya sekali memang berbaloi-baloi enaknya.

SIAKAP STIM CENDAWAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersihkan
  • 100gm cendawan tiram | carik kasar
  • 100gm lada benggala | potong
  • 40gm bawang besar | belah enam
  • 5 ulas bawang putih | belah dua
  • 2 inci halia | hiris halus
  • 50ml sos ikan
  • 5gm serbuk perasa

BAHAN SOS:

  • 100ml kicap cair
  • 10gm cili padi | hiris halus
  • 5gm air perahan limau kasturi

CARA MEMASAK:
1. Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut.
2. Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pada saiz ikan.
3. Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.

MASAK LEMAK SARDIN NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar sardin makarel |buang sosnya
  • 200ml santan pekat
  • 15gm cili padi
  • 1 batang serai |titik
  • 100gm nanas |dipotong
  • 5gm kunyit hidup |kisar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan kesemua bahan kisar. Kacau rata dan masak di atas api yang perlahan.
2. Masukkan hirisan nanas dan serai. Biar seketika dan kemudian barulah masukkan ikan sardin. Perasakan dengan garam secukupnya.
3. Kacau perlahan selama dua minit dan biar ia mereneh. Tutup api.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa masam nanas dan lemak santan serasi
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan reneh
Anggaran kos: RM113

Info chef: Gunakan sardin makarel kerana ia lebih keras dan tidak mudah hancur ketika dimasak.

Published by
Faridah Talib