Ayam antara lauk murah dan paling disukai oleh anak-anak dan boleh dipelbagaikan menu. Ini ada tiga resipi ayam yang ringkas, sedap, mudah disediakan dan comfirm disukan seisi keluarga terutamanya anak-anak. Anda boleh pilih mana satu resipi paling disukai keluarga, atau boleh saja buat semuanya di hari lainnya.

Dua Menu Ayam Sedap & Paling Senang Masak, Comfirm Sekeluarga Suka.

AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul keping isi ayam bahagian dada | potong dadu.
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih | hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi | hiris
BAHAN SALUTAN AYAM:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong tadi dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke dala ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Dua Menu Ayam Sedap & Paling Senang Masak, Comfirm Sekeluarga Suka.

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam | gaul garam dan serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air
1/2 biji limau purut / 1 sudu air asam jawa
1/2 biji bawang besar | hiris bulat
5 cili padi hijau | belah 2
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

BAHAN KISAR:
5 cili kering
2 bawang putih
1/2 biji bawang besar

Ads

CARA MASAK:

Ads
  1. Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar separuh masak sahaja.
  2. Selepas goreng ayam, tinggalkan agak- sgak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air.
  5. Masuk pula ayam goreng ,garam dan jus limau purut.
  6. Sesiaikan rasa dan tabur bawang hiris,cili padi hiris dan matikan api.

Lagi menu berkaitan:

https://www.rasa.my/ini-rahsia-ayam-goreng-berempah-yang-sedap-serdak-tak-hangus/
https://www.rasa.my/resipi-sambal-geprek-original-jogjakarta-paling-enak/
https://www.rasa.my/opor-ayam-kampung-sedap-padu-masak-pun-senang/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI