
Baru-baru ini, Secret Recipe telah melancarkan dua kek perisa baharu iaitu Red Velvet dan Sweet Potato. Dua jenis kek ini tersenarai dalam Koleksi Kek Platinum Secret Recipe. Dua jenis kek ini hanya boleh didapati dalam bentuk kecil yang berharga RM 78.00 (DINE IN RM 85.35).

Seperti kita semua tahu, perisa Red Velvet dari Secret Recipe memang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasa keju krim yang terdapat dalam lapisan Red Velvet tu sentiasa menjadi kegilaan ramai.

Manakala perisa Sweet Potato akan dijual dalam 680gm lebih berat berbanding Red Velvet. Kesistimewaan kek Sweet Potato ini pastinya rasa sweet potato tu sendiri yang menjadikan kek perisa ini lain dari yang lain. Setiap lapisan kek span ungu di selang-selikan bersama keju krim, kelapa dan juga coklat putih yang dijamin memberikan rasa lemak berkrim yang takkan jemu bila dimakan.

Tunggu apa lagi? jom ke Secret Recipe terdekat dan rasailah sendiri dua menu Kek Platinum Red Velvet dan Sweet Potato.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
22 Selebriti Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Mak Ajar Masak

Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria. 
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!
Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.

Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.

“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Kredit: FB Kesultanan Pahang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Buat Acar Buah Homemade, Tak Perlu Tunggu Kenduri Kalau Teringin
Masak Sendiri Acar Ikan Talang Masin, Pedas Menyengat Memang Sedap
Nak Buat Mee Celup Sedap Sama Seperti Di Kedai, Boleh Cuba Resipi Ini!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Rasa Layan Curry Fiesta Buka Pra Pendaftaran Tapak Niaga Untuk Vendor Yang Berminat

Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.

Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.


Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.



Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:
- 12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
- 80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
- Food Truck.
Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.


Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.


Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.

Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.
Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.


