Baru-baru ini, Secret Recipe telah melancarkan dua kek perisa baharu iaitu Red Velvet dan Sweet Potato. Dua jenis kek ini tersenarai dalam Koleksi Kek Platinum Secret Recipe. Dua jenis kek ini hanya boleh didapati dalam bentuk kecil yang berharga RM 78.00 (DINE IN RM 85.35)
.Seperti kita semua tahu, perisa Red Velvet dari Secret Recipe memang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasa keju krim yang terdapat dalam lapisan Red Velvet tu sentiasa menjadi kegilaan ramai.
Manakala perisa Sweet Potato akan dijual dalam 680gm lebih berat berbanding Red Velvet. Kesistimewaan kek Sweet Potato ini pastinya rasa sweet potato tu sendiri yang menjadikan kek perisa ini lain dari yang lain. Setiap lapisan kek span ungu di selang-selikan bersama keju krim, kelapa dan juga coklat putih yang dijamin memberikan rasa lemak berkrim yang takkan jemu bila dimakan.
Tunggu apa lagi? jom ke Secret Recipe terdekat dan rasailah sendiri dua menu Kek Platinum Red Velvet dan Sweet Potato.