Kali ni RASA nak kongsikan dua resipi berasaskan kismis. Kismis ni sangat sedap dimakan walaupun dimakan begitu saja. Boleh jugak dimasak sebagai bahan penyedap dalam roti ataupun biskut.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
100 gram gula castor
1 pek kecil yis
1 biji telur ayam gred B
Garam secukup rasa
20 gram shortening
40 gram marjerin
250 ml air sejuk
Kismis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan kecuali kismis. Uli sampai doh boleh ditarik.
2. Rehatkan sehingga doh kembang. Tumbuk doh dan keluarkan angin. Kemudian uli jadi leper dan taburkan kismis. Uli dan ratakan kismis.
2. Bentukkan doh ikut cita rasa dan rehatkan lagi. Apabila doh semakin naik, sembur sedikit air pada doh.
3. Bakar doh pada suhu 170 darjah selsius selama 25 minit menggunakan api atas bawah.
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur ayam
1/2 sudu kecil esen vanila
3 cawan tepung gandum
3 cawan Nestum
100 gram kismis
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur ayam dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan kismis dan uli adunan ikut bentuk yang digemari.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit.