Dua Resipi Masyarakat Jawa Yang Makin Kurang Ditemui, Orang Muda Kena Take Note

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan dua jenis makanan Jawa yang agak jarang ditemui pada hari ini. Kalau korang berketurunan Jawa, korang kena jaga resipi ni supaya ianya kekal sepanjang zaman. Sayang sangat kalau semakin dilupakan.
.

LEMPER PULUT AYAM

BAHAN INTI AYAM
5 sudu makan minyak masak
5 lembar daun salam
5 potong lengkuas (diketuk)
5 batang serai (diketuk)
2 kg ayam
2 biji kelapa (diperah santannya)

BAHAN KISAR HALUS
5 sudu teh ketumbar
20 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
5 biji buah keras
Sedikit asam jawa
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya

CARA MEMBUAT INTI AYAM
1. Rebus isi ayam sehingga empuk. Kemudian siat halus.
2. Tumis bahan kisar halus.
3. Masukkan daun salam, lengkuas dan serai.
4. Masukkan pula ayam dan gaul rata.
5. Tambahkan santan dan gaul lagi sampai kering.

BAHAN PULUT
2 kg pulut
5 biji kelapa (diperah santannya)
5 sudu teh garam
10 lembar daun pandan
Daun pisang untuk membungkus

CARA MEMBUAT PULUT
1. Rendam pulut selama 2 jam dan toskan.
2. Kukus pulut setengah masak.
3. Didihkan santan bersama garam dan daun pandan.
4. Siram santan ke atas pulut. Gaul rata. Sambung kukus sehingga pulut masak.
5. Ratakan pulut setebal 1 atau 2 cm. Potong ada ukuran 7 cm X 4 cm.
6. Letak inti ayam. Kemudian letak sekeping lagi pulut.
7. Bungkus dengan daun pisang.
8. Sambung kukus lagi sehingga pulut lebih lembut.

PUNTEN NASI BERSAMA SAMBAL BILIS HIJAU

BAHAN-BAHAN
15 cawan beras (cuci dan toskan)
1 liter santan
30 cawan air
2 sudu kecil garam halus

CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Kacau rata dan masak sehingga nasi lembut.
2. Masukkan nasi ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Potong atau dibentuk ikut acuan yang disukai.
3. Hidangkan bersama sambal bilis hijau.

BAHAN SAMBAL BILIS HIJAU
15 sudu besar minyak masak
Sedikit gula
Sedikit garam halus
Sedikit air asam jawa
35 biji cili api

BAHAN KISAR
100 biji cili api
5 labu bawang besar
15 ulas bawang putih
5 inci belacan
2 cawan ikan bilis

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan Kisar sehingga wangi.
2. Masukkan gula, garam halus dan air asam jawa. Masak sehingga sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili api. Biarkan seketika. Matikan api.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas