
Isi Kandungan
ToggleMemang best sesangat minum air tembikai, kan? Rasanya sedap. Jus tembikai yang sejuk memang sangat menyegarkan. Kalau nak buat, disarankan kurang manis supaya manisnya jadi manis-manis buah sahaja. Nah, RASA berikan dua jenis minuman berasaskan tembikai yang sedap.
JUS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
4 sudu kecil gula
2 cawan air
5 potong tembikai
CARA MEMBUAT
1. Campur gula dengan air. Masak air gula.
2. Kisar tembikai untuk mendapatkan jus.
3. Campurkan jus tembikai dan air gula.
4. Masukkan ais.
SMOOTHIES TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jamu Halia Madu Atasi Masalah Tak Lawas, Angin, Sebu & Perut Buncit Secara Semulajadi.

Bagi anda yang ada masalah kurang lawas, badan berangin, perut sebu, buncit dan nak kurus secara sihat, boleh cuba amal minum Jus Halia Madu ni. Istimewanya ia hanya guna bahan-bahan semulajadi dan tak ada sebarang pengawet atau perasa tambahan. Nak buat pun sangatlah mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JAMU HALIA MADU
BAHAN-BAHAN:
- 2 inci halia tua
- 2 biji limau nipis – boleh ganti dengan 1 biji lemon
- 3 cawan air
- 1/2 cawan madu
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit halia dan potong limau seperti dalam gambar.
2. Masukkan hirisan limau dan halia ke dalam periuk. Tambahkan air dan renehkan sampai air tinggal anggaran 2 cawan sahaja.
3. Masukkan air ke dalam cawan dan biarkan suam.
4. Seterusnya masukkan air ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dikisar bersama dengan kulitnya.)
5. Isikan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
NOTA:
- Minuman ini adalah perkongsian empunya resipi dan serasi dengan kondisi badan beliau. Jika anda minum tapi tak serasi, sebaiknya elakkan.
- Sukatan jamu ini boleh tahan untuk 2-3 hari penggunaan.
- Cik Pooja ( empunya resipi) ambil minuman ini setelah habis berpantang dan bayinya berusia 2 bulan. Keberkesanan mungkin berbeza dan bergantung kepada tubuh masing-masing.
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Link asal resipi: https://goo.gl/xhfqjZ
Cuaca Panas Memang Enak Minum Fruit Cocktail, Sejuk Je Rasa

Cuaca panas begini, sedapnya kalau dapat minum yang sejuk-sejuk. Jom kita cuba buat minuman yang simple tapi sedap. Fruit cocktail pun sedap juga, ada buah-buahan segar.
Gabungan susu, air soda dan buah-buahan segar serta ditambahan ketulan ais memang nikmat betul. Kalau buat air ni ketika jamuan atau hari perayaan, gerenti habis dulu. Berulang-ulang orang minum.
Nak tahu cara membuatnya? Nazuhaina Azu ada berkongsi resipi untuk menghasilkan Fruit Cocktail yang sedap. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
Air soda
Susu cair – Boleh beli online di sini
Jelly
Laici (tin) – Boleh beli online di sini
Fruit cocktail (tin) – Boleh beli online di sini
Cincau (dipotong kecil)
Buah naga
Anggur
Ais batu
CARA MEMBUAT:
Keluarkan jelly daripada sarungnya.
Anggur dibelah dua dan buah naga dipotong dadu.
Cincau dicincang kecil-kecil.
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam satu mangkuk besar dan kacau.
Siap.
Letakkan ketulan ais, memang sejuk je lalu di tekak.
NOTA: Ini resepi mudah saya, kalau nak letak buah-buahan lain pun boleh seperti tembikai atau mata kucing.
Selamat mencuba.
Kredit: Nazuhaina Azu
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Kuah Lemak Lontong, Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis
Nak Menu Ringkas Tapi Sedap, Ikan Dori Buttermilk Pilihan Tepat
Mudah Je Buat Keropok Bawang, Nasi Dan Bawang Putih Wajib Ada
Cucur Nasi Pedas Comel Bulat-Bulat, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Ketupat Palas Pulut Hitam Dan Daging Dendeng Cili Padi, Nikmatnya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Isi Kandungan
ToggleAduh, sakit betul bila senggugut datang. Bukan sahaja menjejaskan mood, malah ia juga boleh mengganggu rutin harian. Anda dah cuba pelbagai cara tapi sakit masih tak kurang? Apa kata cuba amalkan empat jenis jus ini, harap ia berkesan dan membantu untuk meredakan kesakitan senggugut anda.
JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH
Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda rasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, sementara kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.
BAHAN-BAHAN:
- 1 potong nanas
- 2 batang lobak merah – beli online DISINI
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan madu | jika suka – beli online DISINI
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
- Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.
JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN
Campuran epal, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga enak dibuat jus. Anda wajar amalkan jus ini semasa haid kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji epal hijau
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 4 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar halus dan tapis airnya.
- Sedap diminum secara sejuk.
JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT
Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi. Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi. Dengan mencampurkan buah ini, ia mampu menggantikan zat besi yang hilang itu.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah bit | saiz sederhana
- 1/2 biji isi buah avokado
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1/2 susu rendah lemak atau air
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.
JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM
Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolisma badan menjadi lebih baik.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun bayam mentah
- 2 biji pisang | saiz sederhana
- 150ml yogurt vanila
CARA MEMBUAT:
- Campaurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus.
- Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Anda mencari JUICER? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: