Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda dua resipi yang paling sedap dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus ke nak goreng. Dua-dua dijamin menjilat jari!

 

1.  IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

Dua Resipi Mudah Paling Sedap Masak Guna Ikan Siakap.

BAHAN IKAN:

Ads
  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.

 

2. SIAKAP  KUKUS LIMAU NIPIS

Dua Resipi Mudah Paling Sedap Masak Guna Ikan Siakap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 15 biji cili padi hijau | cincang halus
  • 2 biji limau nipis | perah
  • 2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  5. Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
  7. Ikan kukus sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk mengukus ikan ni, pastikan anda guna bekas tahan panas atau loyang. 

 

Dekat rumah belum ada PERIUK KUKUSAN @ FOOD STEAMER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Pais Ikan Yang Mudah & Sedap. Masak Guna Kuali Je.

Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Versi Kelantan. Memang Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI