Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.

Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …

IKAN GERANG ASAM



BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping kepala ikan merah
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 biji bendi
  • 1 biji tomato
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 3-5 sudu makan cili kisar

Bahan kisar halus :

  • 5-7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 50gm kunyit hidup
  • 50gm lengkuas
  • 30gm serai | dihiris
  • 1 biji buah keras | dihiris
  • 15gm belacan

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih.
4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa.
7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya
Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur

IKLAN

IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN



BAHAN-BAHAN :

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 50gm kunyit serbuk
  • 10gm garam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan tumis :

  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 3 sudu makan taucu
  • 100ml air asam jawa

Bahan hiasan :

  • 10gm bawang goreng
  • 10gm daun bawang

CARA MEMASAK :
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa.
5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : goreng
Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya
Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat.
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.

RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

DAN JUGA RESIPI INI : 

3 Menu Tradisi Ni Memang Sesuai Untuk Sajian Kenduri.

JOM SEMAK VIDEO IKAN PINDANG NI ;