Jika anda ke Boom Town Cafe di USJ 11, Subang Jaya, Selangor anda pasti akan ternampak kelibat peniaga gerai lengkap berpakaian seragam Juruterbang di gerai Kapten Corner sedang sibuk menguruskan makanan pelanggan.
.
Iya, itulah bekas pilot Malindo Air Kapten Azrin Mohamad Zawawi. Demi kelangsungan hidup dia kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi malah bertukar haluan karier apabila kini sibuk mengendalikan perniagaan makanannya.
.
Umum mengetahui industri penerbangan adalah lapangan kerja yang terjejas teruk rentetan pandemik covid 19 ini. Ramai pekerja dan tenaga mahir terpaksa diberhentikan, namun kehidupan perlu diteruskan.
.
Dalam face book yang dikongsikan oleh bapanya ,Mohamad Zawawi Ahmad, katanya, “Tidak tahu bila lagi anak saya dapat menyarung kembali uniform juruterbang lagi kerana tiada sesiapa mengetahui bagaimana masa hadapan industri penerbangan.”
Namun Kapten Azrin menolak tepi rasa duka malah terus menyarung pakaian seragamnya, mengorak langkah ke hadapan memasak sajian lazat seperti Mi Kari, Bihun Sup, Laksa Utara dan Rojak Buah di gerai Kapten Corner di Boom Town Cafe. Malah dia turut membuka tempahan melalui talian 6019-3199935 dan Yanie 6019-3549935
Ads
.
Dalam pos terbaru Mohamad Zawawi turut berkongsi rasa syukur kerana perniagaan anaknya yang laris dan sold out selepas berita ini menjadi viral. Kongsinya,”Kerana sambutan yang luar biasa, semua makanan di Kapten Corner dah habis di jual. Kami mohon maaf kepada semua pelanggan yang tak sempat membeli. Terima kasih kepada semua pelanggan. Harap datang lagi besok.”
Malah Kapten Azrin turut menerima sokongan padu daripada netizen yang mengikuti kisahnya di laman FB .Ramai yang memujinya dan memberi kata-kata semangat.
Di antara komen yang diterima, adalah dari Alan Khoo, “Syabas kepada ayah ini yang sangat menyokong anaknya (kapten). Cuba lakukan perkara lain jadi skil berbeza dapat diasah.. Nanti bila tiba masa yang lebih baik, anda boleh terbang dan juga boleh menjadi tukang masak yang baik.”
Komen dari Rachel Thomas pula, “Truly a Go Getter, Azrin and Spouse. Very enterprising. You have an encouraging story to encourage many out there affected by retrenchment…showing there is always a way but only with sheer determination and effort. We are proud of you both. May God continue to Bless abundantly all your hardwork,it is truly hardwork.
Ads
Moga kegigihan Kapten Azrin dan isteri terus memberi inspirasi kepada ramai lagi pekerja di luar sama yang turut mengalami pemberhentian kerja. Terus melangkah ke hadapan kerana rezeki Allah itu tetap terbentang luas untuk mereka yang gigih berusaha.
Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’. Lepas tu liat pula. Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best. Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!
DONAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar menetga
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1 paket yis
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
Ambil adunan dan bentuk menggunakan acuan.
Kemudian dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan. Bolehlah diangkat.
TIP BUAT DONUT GEBU
*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Mengikut pakar pemakanan beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih. Bagi pesakit diabetes kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Beras perang juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat beras perang ni? Jom semak info.
1. TINGGI KANDUNGAN SELENIUM
foto: www. eating well.com
Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.
2. KAYA DENGAN MANGAN
Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.
3. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN
foto: www.hawaiipacifichealth.org
Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.
4. ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL
foto: www.hungrymate.com.au
Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.
5. KAYA ANTI-OKSIDAN
Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. TINGGI KANDUNGAN FIBER
foto: www.pritikin.com
Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.
7. MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA
Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.
8. SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI
foto: ganga-sreekanth.blogspot.my
Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.
9. ELAK JANGKITAN ‘CANDIDA YEAST’
foto: wikipedia.org
Apa itu candida yeast? Ia adalah fungus atau sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus anda. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini. – FARIDAH TALIB
Buat adik-adik lepasan PT 3 Kolej Vokasional beri peluang kemahiran tinggi bagi mereka yang berminat dengan kulinari. Sistem pengajiannya 70 peratus kemahiran dan cuma 30 peratus sahaja akademik. Kolej Vokasional Gerik, Perak adalah antara kolej vokasional yang membuka peluang ini.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Gerik . Pada 2014 ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional Gerik. Pengarah Kolej ialah Hamid Jumhari. Waktu pembelajaran pula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Gerik diwujudkan pada tahun 2105 dengan penawaran dua program iaitu Seni Kulinari dan Bakeri & Pastri. Pelajar pengambilan pertama adalah seramai 30 orang bagi setiap program. Jumlah terkini bagi program Seni Kulinari lebih 80 orang dan program Bakeri & Pasti lebih 80 juga dengan 12 pensyarah.
Jangkamasa kursusnya adalah selama empat tahun lima bulan (dua tahun-Sijil Vokasional Malaysia) dan Diploma Vokasional Malaysia (dua tahun-Diploma Kemahiran Malaysia dan lima bulan Latihan Industri ‘on job trainning’.
Cara pembelajaran adalah teori dan praktikal mengikut Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Di kolej ini juga disediakan kemudahan bengkel yang lengkap.Kelebihan memilih kursus di sini adalah pembelajarannya sepenuhnya ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suasana pembelajarannya juga adalah kondusif dan menekankan kemahiran bagi melahirkan pekerja mahir dalam memenuhi permintaan yang tinggi daripada pihak industri. Paling ‘best’ Kolej Vokasional ini juga sentiasa mengadakan kursus-kursus yang membabitkan chef dan penggiat industri.
Pelajar juga diberi peluang menyertai pameran untuk mempromosikan program dan memberi pendedahan kepada pelajar menyertai pertandingan.Pelajar juga terlibat dalam kerja kemasyarakatan bagi meningkatkan keyakinan diri dan menggunakan kemahiran yang dipelajari.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.