Durian Crepe pemanis mulut yang enak di makan ketika sejuk. Lebih puas hati dapat buat sendiri dan boleh isi filling mengikut kuantiti yang kita suka.
Durian Crepe
Kulit/crepe (18-20 keping )
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi (sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20gm tepung kastard
250ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
CARA MENYEDIAKAN KULIT CREPE
Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen [huge_it_videogallery id=”1″] vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan dan kemudian tapis.
Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu) sudah panas pan itu angkat sekejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi. Kemudian letak balik atas dapur. (saya tidak guna senduk pun untuk ratakan kulit itu hanya layang-layangkan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat
CARA MENYEDIAKAN FILLING KASTARD & DURIAN
Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telor dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair
CARA UNTUK FILLING WHIPPING CREAM
Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing itu.
Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.
Kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal. Sudah siap masukkan dalam freezer sekejap dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari freezer tu keras tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan.