- Pastikan anda memiliki edisi hebat ini dan jadikan koleksi peribadi.
- Masakan Kampung
- 60 menu air tangan chef hotel terkenal
- Pilihan mi dan nasi goreng untuk sahur
- Aneka Sambal pemecah selera
- Lauk bakar-bakar
- Kuih-muih Melayu
- Citarasa Fusion
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry
Bila sebut tentang keju dan kek keju mesti teringkat kartun Tom & Jerry. Kartun legend ini amat digemari di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri?
Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.
Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa.
Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.
Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!
Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.
Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!
Jom cuba resipi Jerry’s No-Bake Cheese Cake!
FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.
Meriah dan menyeronokkan! Itulah yang boleh digambarkan tatkala melangkah kaki ke Food & Hotel Malaysia (FHM) 2019 dibuka secara rasminya pada hari ini.
Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre itu telah dirasmikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UBM MES dan Encik Kamaruddin Baharin, Presiden Persatuan Hotel Malaysia.
FHM 2019 adalah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan, minuman, hotel, roti, restoran, katering dan peralatan. Disini anda boleh melihat produk-produk yang dipasarkan untuk kegunaan industri dan perniagaan. Bukan hanya produk dari Malaysia malah anda boleh melihat produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh para pempamer dari luar negara.
Kira-kira 1,500 jenama dan syarikat dari 50 buah negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Turki, Belgium, Taiwan, Korea Selatan,Tunisia, China dan banyak lagi yang mengambil bahagian dalam pameran ini.
Selain dihias indah, di setiap booth di ruang pameran juga ada melakukan aktiviti mereka yang tersendiri. Malah barisan chef-chef hebat dari dalam dan luar negara juga melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan anda juga boleh mencuba makanan secara percuma!
Anda boleh mencuba pelbagai sample makanan enak seperti sushi, makanan laut, aneka makanan proses, cendol, kopi, manisan, snek dan bermacam-macam lagi. Oh tidak lupa, di booth makanan Jepun juga ada diadakan demo memotong ikan tuna. Memang menarik.
Pameran yang berlangsung selama empat hari ini dijangka menarik 28,000 pengunjung dari kalangan pengusaha hotel, peruncit, pelabur, perunding dan pembeli. Orang ramai juga dijemput menghadiri FHM 2019 ini kerana terdapat pelbagai acara menarik yang telah disusun sepanjang pameran ini. Terdapat sembilan dewan yang anda boleh lawati dan bagi pengunjung muslim, ruang solat juga disediakan bagi kemudahan anda.
Jadi datanglah beramai-ramai ke FHM 2019 di Kuala Lupur Convention Centre sehingga 27 September ini.
Hidangan Tradisi & Menyelerakan Untuk Iftar. Empat Hotel Di Lembah Klang Sajikan Menu Nostalgia Sepanjang Ramadan
Hidangan Tradisi & Menyelerakan Untuk Iftar. Empat Hotel Di Lembah Klang Sajikan Menu Nostalgia Sepanjang Ramadan.
Ada hari rasa nak berbuka puasa di luar dengan keluarga atau teman-teman, bolehlah jadikan empat hotel ini sebagai pilihan untuk iftar.
-
Nikmati Hidangan ‘Anugerah Warisan’ di InterContinental Kuala Lumpur
Bertemakan Anugerah Warisan, Hotel InterContinental Kuala Lumpur menyajikan hidangan dengan citarasa autentik tempatan dengan sentuhan gaya Timur Tengah. Menampilkan resipi tradisi turun temurun, tetamu berpeluang untuk menikmati aneka juadah istimewa dari negeri Melaka seperti Asam Pedas Kepala Ikan Merah, Ikan Bakar Arang ala Parameswara Melaka, Nyonya Curry Laksa dan banyak lagi.
Turut ketengahkan hidangan istimewa lain seperti Kaki Lembu yang dipanggang dengan api perlahan selama 8 jam dan diperap dengan sos dan campuran herba yang istimewa.
Tak dilupanakan hidangan kampung lain yang pastinya akan mengujakan para tetamu seperti Siput Sedut Masak Lemak, Daging Dendeng Berlado dan pelbagai lagi.
Untuk citarasa Timur Tengah, para tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan panggang yang lazat seperti, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab & Madghout Kambing, sementara Pembakar Shawarma Autentik InterContinental menampilkan Shawarma Ayam & Daging Lembu Lebanon yang menggiurkan.
Bufet Iftar berlangsung dari 13hb Mac hingga 9hb April 2024.
Harga Bufet:
RM278nett untuk Dewasa
RM168nett untuk Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah – Percuma
-
Hidangan Tradisional & Antarabangsa Bertemakan ‘Destinasi Rasa’ di Mardhiyyah Hotel & Suites
Menawarkan lebih 50 hidangan tradisional Melayu asli dan antarabangsa sebagai juadah berbuka dengan tema Destinasi Rasa. Antara hidangan yang istimewa dan perlu dicuba tentulah Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Tulang Merah Singapore dan Roti Paun, Bubur Lambuk Daging Rusa dan Gulai Lemak padang Urat Keting.
Menu bufet yang lain tidak kurang hebatnya. Tetamu turut disajikan dengan station Nasi Kandar dengan pelbagai pilihan lauk, menu antarabangsa daripada pasta, pizza, Dim Sum dan banyak lagi.
Yang suka dengan Gulai Kawah, jangan lupa singgah dan nikmati beberapa gulai yang cukup enak seperti Daging Tetel bersama Umbut Kelapa dan Lemak Cili Padi Itik Dengan Rebung. Pilihan seleksi pencuci mulut yang juga cukup menggiurkan dan melengkapkan juadah berbuka puasa
Bufet iftar bermula 13 Mac hingga 8 April 2024
Harga Bufet:
Royale Songket & Tung Yuen Chinese Restaurant
RM165 Dewasa
RM120 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM100 Kanak-kanak (5-11 tahun)
-
Masakan Melayu Tradisional ‘Selera Serambi’ di Farfield by Marriott Kuala Lumpur
Restoran istimewa hotel ini, Lesung, menawarkan suasana yang sempurna untuk “berbuka puasa” sambil menikmati suasana yang indah dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan Malaysia yang menyelerakan.
Selera Serambi dipilih sebagai tema bufet tahun ini di mana ia mewakili tempat yang selesa untuk menjamu selera atau berbuka puasa. Memfokuskan kepada hidangan tempatan yang sesuai dengan citarasa citarasa Malaysia
Pilihan menu menarik seperti Nasi Putih Tiga Dara, Kambing Kurma Hang Jebat, Sambal Udang Petai, Kerang Rebus Lengkuas Muda, dan hidangan menyelerakan lain disediakan untuk pilihan tetamu. Menu istimewa tahun ini adalah Temerloh Patin Tempoyak, Kambing Bakar, Dukun Sup Tulang dan Ikan Bakar Sambal Petai.
Bufet Iftar bermula dari 14hb Mac hingga 7hb April 2024
Harga bufet:
RM158nett Dewasa
RM118nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)
4. Pelbagai Pilihan Menyelerakan ‘Santapan Warisan’ Di KSL Esplanade Hotel
Aneka Pilihan hidangan kampung yang cukup menyelerakan dan mengembalikan nostalgia buat tetamu yang berbuka puasa di KSL Esplanade Hotel, Klang pada tahun ini. lebih daripada 100 menu boleh dinikmati oleh tetamu yang berbuka puasa di sini
Menampilkan hidangan tradisi dari setiap negeri di Malaysia, Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Aya dari Terengganu, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam dengan Rebung dari Pahang, Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Tenggiri dari Melaka, Aneka pilihan masak lemak cili padi dari Negeri Sembilan dan banyak lagi pilihan untuk dipilih sebagai juadah berbuka.
Turut menyajikan hidangan istimewa iaitu Kambing Panggang, Sup Gear Box dan banyak lagi yang dimasak secara segar di kiosk-kiosk bahagian luar restaurant. Tetamu turut dihidangkan dengan pilihan air balang untuk yang cukup unik dan enak bagi menghilangkan haus setelah seharian berpuasa.
Bufet Iftar bermula dari 16hb Mac hingga 9hb April 2024
Harga Bufet:
RM138nett Dewasa
RM108nett Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM88nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)