Edy Tidak Menyesal Berhenti Kerja, Kini Jadi Homebaker Sepenuh Masa

Share

Tiada yang mustahil untuk dikecapi, asalkan yakin dan usaha yang tidak berbelah bahagi menjadikan Haji Ahmad Edy Nor Bin Haji Ahmad Nordin tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja yang dahulunya pernah mengetuai bahagian Information Technology (IT) untuk DHL.

Selepas pulang dari menunaikan Haji 2018, saya tinggalkan kerjaya IT dan tawakal sepenuhnya untuk buat sesuatu yang lebih “fullfilling’’ dengan kehidupan saya.

Dia kini menjadi pengusaha kek sepenuh masa. Edy menjalankan perniagaan hanya dari kediaman dengan bantuan isteri tercinta dan ibu mertua. Setiap hari menurutnya ada sahaja tempahan yang harus dilayan untuk pelanggan yang ingin menikmati kek hasil air tangannya. Edy gemar berkongsi kisah perjalanan perniagaannya menerusi video yang dimuat naik di Instagram dan TikTok. Malah video ini turut meraih perhatian ramai tontonan.

Bisnes bermula

Edy mengakui seorang penggemar makanan. Malahan ibu dan mertuanya juga memang mahir memasak dan membuat kek. Jadi serba sedikit dia diberi pendedahan secara tidak langsung mengenai kepelbagaian masakan, resipi dari airtangan kedua ibu dan mertua.

Saya tidak pernah ada keyakinan untuk ceburi perniagaan sebab saya tahu, bukan semudah yang kita fikirkan. Tiga tahun lepas saya bermula dengan buat rempah kari sendiri kerana saya menyukai masakan kari.

Berbekalkan helaian resipi yang saya dapat dari ibu mertua saya. Saya pilih bahan dan proses segalanya di rumah. Alhamdulillah rempah kari yang saya hasilkan mendapat sambutan menggalakkan.

Bermula dari itu, saya mencuba pula resepi lama kek- kek dari ibu mertua saya. Alhamdulillah sekali lagi jualan mendapat sambutan. Maka di usia 43 tahun, saya mulakan cita-cita baru ini.

Bagi sesetengah individu , latar belakang keluarga yang berkecimpung dengan perniagaan mendorong diri mereka secara tidak langsung untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Buat Edy sebaliknya. Dia tidak mempunyai asas perniagaan langsung. Dilahirkan dalam keluarga yang berkhidmat dengan kerajaan, bidang perniagaan memang sangat asing bagi dirinya.

Kebanyakan resipi saya ambil dari buku resipi lama ibu mertua saya.Saya belajar dari situ. Kemudian saya dapat bimbingan dari beliau sendiri.

 Rutin niaga

Edy mengakui bangun seawal jam tiga atau empat pagi sudah menjadi rutin buatnya. Tambahan pula di waktu PKP ini kekangan buatnya untuk mengambil pekerja tambahan. Sering juga tidur lewat malam. Jujur kadang saya tak tidur sebab saya bekerja sendiri.

Biasanya pelanggan yang ingin menempah boleh menggunakan dua laman sesawang (website) perantaraan. Website menyediakan platform menu, harga, inventori, invoice dan pembayaran melalui talian.

Unik mengenai perniagaan Edy di mana menyediakan dua perkhimatan:

  • MAIL CAKE (Kek Untuk Di Pos)
  • KEK DELIVERY (Tempahan-menggunakan khidmat runner, pelanggan boleh memilih runner mengikut budget pelanggan.

SAYA AKTIFKAN LINK SETIAP JUMAAT (6 Pagi)

Kebiasaannya tempahan akan penuh seawal pukul 8-9 pagi dan penghantaran berjadual pada isnin-rabu untuk Mail Cake. Kek dibuat segar, selepas menerima tempahan.

 

Suka duka berniaga

Pastinya dalam menjalankan perniagaan, suka dan duka perlu dilalui. Menceritakan kisah suka, Edy menceritakan di mana sewaktu memulakan perniagaan tersebut, perkakas (oven, freezer dan lain-lain) adalah pemberian secara percuma dari sahabat keliling.

Ada yang berbangsa cina berikan saya oven .Tahun pertama berniaga, seorang penganut hindu membuat promosi mengenai saya di Facebook group indian community, ini kali pertama saya terima tujuh kek tempahan  carrot cake serentak. Isteri saya abadikan kenangan itu dalam gambar yang terletak pada logo syarikat saya

 Seterusnya mendapat liputan di media masa TV1 dan TV3 secara percuma. Terharu juga bila kek  ditempah oleh Muzium Abu Bakar khas untuk Raja Permaisuri, di mana segala kos logistik dan pembuatan mereka biayai.

 Edy juga turut berkongsi pernah berhadapan dengan situasi di mana lebih dari 20 kek rosak “Mail Cake” semasa raya tahun lepas.

Saya pernah tertinggal bahan iaitu butter (oil) dalam kek, jadi kek keras. Lebih dari 16 kek terbuang sebab saya kena buat semula. Dan saya tak tidur menyiap kan kek untuk penghantaran keesokan harinya

 Pelanggan bertukar fikiran mengenai jumlah tempahan walaupun semua bahan sudah dibeli.

Buat Edy, apa yang dipraktikkan ialah  “START SMALL THINK BIG” Raikan setiap kejayaan, walaupun kecil. Kadang bila sesuatu tugasan, kita tidak dapat capai sebab terlalu berangan-angan. Jangan terlalu menghukum diri sendiri.

 Mulakan dengan langkah kecil. Tidak perlu “perfect”. Janji mula dahulu.Tawakal & Doa .Lafazkan setiap hari apa yang ingin dicapai berulang kali.Berniagalah apa sahaja yang halal, kerana itu hanya sekadar produk. Yang penting bagaimana cara anda ingin menjual produk tersebut. 

 

 

Published by
Putri