Ehh, Senang Kupas Bawang Putih Tanpa Pisau Ni.

Share

Bawang putih, antara penyedap masakan yang wajib ada dalam setiap dapur. Aroma wangi bawang putih  ini membantu masakan menjadi lebih sedap, terutama masakan yang dimasak secara tumis, tercium baunya pasti membuka selera makan. Malah bahan penyedap masakan ini juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Masalahnya sebelum menggunakan bawang putih, anda terpaksa membuang kulitnya terlebih dahulu. Nak tahu cara paling senang kupas kulit bawang putih tanpa guna pisau. Ia sangat mudah kalau terpaksa kupas dalam jumlah yang banyak.

Ini caranya:

  1. Masukkan bawang putih dalam balang bertutup.
  2. Tutup rapat, kemudian goncang balang selama beberapa minit atau sehingga kulit bawang putih sedikit terkupas.
  3. Keluarkan kulit bawang yang telah terkopek, kemudian goncangkan lagi balang tersebut sehingga kulit bawang putih tertanggal sepenuhnya.

Mudahkan! Dengan  tip ini diharapkan ia membantu urusan kerja dapur lebih mudah dan praktis.

Published by
Norasida Myasin