Sempena Hari Merdeka yang bakal menjelang, Nobu KL buat pertama kalinya telah berkolaborasi bersama restoran tempatan, Gēn Penang dengan memperkenalkan Menu Four-Hands Dinner.
Kolaborasi istimewa selama tiga hari boleh didapati secara eksklusif di Nobu KL bermula 29 Ogos sehingga 31 Ogos 2022.
Sepanjang tiga hari ini, Chef Eksekutif Nobu KL, Chef Philip Leong dan Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong akan bekerjasama untuk menyediakan lapan hidangan kepada para pelanggan.
Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong (kiri) & Ketua Chef Nobu KL, Chef Philip Leong (kanan)
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gēn Penang kerana bersetuju untuk bekerjasama dengan kami sempena sambutan Kemerdekaan kali ini yang pastinya menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan,” ujar Ketua Chef Nobu KL, Chef Philip Leong.
Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong, turut meluahkan rasa gembira apabila ditawarkan untuk bekerjasama bersama Nobu.
Menu Four-Hands Dinner bermula pada harga RM750++ setiap seorang dan boleh didapati bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam selama tiga hari ini. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh layari Instagram Nobu Kuala Lumpur.
Menu Four-Hands Dinner
1st Course by Nobu KL Salmon Tartar with Caviar
2nd Course by Nobu KL Chef’s Sushi Tasting
3rd Course by Nobu KL x Gēn Penang Mackerel Fish Cake & Broth (Uni Butter, Jalapeño and Tropical Caviar, Tamari Soy)
4th Course by Nobu KL x Gēn Penang Ginger Flower (Ginger Flower Ceviche Sorbet)
Ads
5th Course by Nobu KL Black Cod Miso
6th Course by Nobu KL x Gēn Penang Chilean Seabass Aji Amarillo Sauce (Buah Kulim, Jackfruit)
7th Course by Nobu KL x Gēn Penang Aged Duck 2 ways Chill Umami Chawan Mushi Duck Breast with Duck Fat Emulsion and “Duck Shakupan” Orange Miso
8th Course by Nobu KL x Gēn Penang Pre dessert Sudachi (soursop, ambarella) | Sata-andagi (banana, gula apong) | Mochi (jackfruit seed) Dessert by Nobu KL: Natsu no fruits pearls (lychee, guava, mandarin pearl, diced fresh fruits, floral jelly, mango granite, rice soup)
Anda peminat makanan Jepun yang asli dan raw? Hujung minggu ni bolehlah datang ke JONETZ by DON DON DONKI di Sunway Pyramid. Restoran sushi DONKI, “Sen Sen Sushi” dan pakar nasi premium Jepun “Tomita Seimai” dibuka untuk orang ramai bagi menikmati sushi segar di sini.
DON DON DONKI sedang mengembangkan beberapa cawangan seperti di Singapura dan Hong Kong dengan konsep kedai khusus jenama Jepun di Sunway Pyramid, sebuah kompleks komersial yang besar dengan keluasan lebih kurang 400,000 meter persegi.
Pelanggan boleh menikmatinya sushi popular dari JONETZ by DON DON DONKI dalam suasana yang lebih asli. Nikmati gabungan nasi sushi yang dibuat dengan beras Koshihikari Jepun yang baru dikisar dan campuran cuka merah asli kami serta topping sushi segar yang diperoleh daripada semua seluruh dunia.
Antara menu sushi yang sempat dicuba ialah Fresh Salmon Sushi,Bluefin Hon Maguro Trio,Engawa Sushi, Ebi Trio,Anago Ippon,Uni Sushi,Fresh Hotate Sushi,Hamachi Sushi,Wagyu Sukiyaki Sushi dan Wagyu Negi Shio Sushi. Semuanya dihidangkan segar dan enak.
Sushi popular di JONETZ oleh DON DON DONKI seperti maguro, salmon, uni dan 70 jenis makanan laut lain akan ditawarkan di Sen Sen Sushi. Di Tomita Seimai, pelanggan boleh menikmati nasi Akita Komachi dan Yamagata Haenuki baru dikisar dalam kedai dan onigiri Jepun yang dibuat dengan beras Koshihikari dari Wilayah Niigata.
Di JONETZ by DON DON DONKI skewer wagyu disahkan Halal*1 daging wagyu A5 popular di kalangan penduduk tempatan,berkualiti tinggi dan menjadikannya menu popular. Di samping itu, pelbagai jenis pencuci mulut dan makanan sejuk beku juga tersedia di sini.
*1 “Produk yang disahkan Halal”, yang diiktiraf oleh badan pensijilan halal Jepun dengan pensijilan bersama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ayuh ke JONETZ oleh DON DON DONKI menikmati sushi segar dan membeli belah di sini.
Ketika cuaca panas terik sememangnya sedap kalau dapat menghirup minuman yang sejuk bagi melegakan tekak. Memang nyaman rasanya apabila minuman sejuk dan manis dapat melalui tekak yang dahaga.
Salah satu minuman yang sedap adalah ABC Madu yang diusahakan oleh Ismail dan Maming. Dia berjualan hanya dari carboot sahaja. Namun sambutan pelanggan tidak putus-putus. Ada sahaja yang mengunjungi gerainya untuk mendapatkan dua jenis menu yang dijual.
“Saya berniaga air batu campur. Ais Milo Kepal ini pula sebenarnya hanya menu tambahan saja. Kedua-duanya memang dapat sambutan terutama ABC Madu yang rasanya berbeza daripada ABC biasa,”ujarnya.
Ditanya apa keistimewaan air batu campur ini berbanding air batu campur yang banyak di pasaran, kata Ismail minuman ini rasanya manis madu dan sudah tentu lebih sedap. Pelbagai toping diletakkan mengikut permintaan pelanggan. Walaupun air batu campur sudah mulai mencair, rasa manis masih tetap ada dan sedap hingga ke titisan terakhir.
LOKASI BERBEZA
Buat masa ini, gerai ABC Madu dan Milo Kepal milik Ismail dibuka di empat lokasi berbeza. Hal ini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan air batu campur. Salah satu lokasinya adalah di hadapan KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam.
“Kami buka setiap hari. Dari tengah hari hingga petang. Harga pun tak mahal. Bermula dari RM2.50 sebungkus. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk sebarang majlis,” ujar Ismail yang menjalankan bisnes air batu campur ini bersama isterinya yang dikenali sebagai Mimi.
Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!