Makan

Elak Bergedil Merekah Dan Hancur Bila Digoreng, Boleh Ikut Tip Ini

Share

Menu bergedil memang jadi pilihan untuk minum petang.Untuk mendapatkan bergedil
yang elok hasilnya, tidak merekah dan hancur setelah digoreng dikongsikan tipnya.
Sebaiknya kentang yang digoreng lebih mudah dibentukkan menjadi bergedil.kuantiti
kentang kena lebih dari bahan-bahan yang lain.Untuk tauhu bergedil,setelah dicelup dengan telur, masukkan bahagian hadapan dahulu ke dalam kuali.api dapur
sederhana, tak boleh terlalu perlahan.

BERGEDIL DAGING
Bahan-bahan:

11 biji kentang (1.2kg)-dikupas kulit dan dihiris.Basuh kentang
dan toskan.Gaul bersama sedikit garam.Goreng kentang hingga masak
dalam minyak yang panas.Bila dah masak, angkat,toskan kemudian
dihancurkan macam mashed potato.

Daging :
2 labu bawang besar
(dicincang halus)
½ kg daging cincang
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih
1 batang lobak merah (diparut)
Daup sup
Daun bawang
Cara membuat:
1.Masukkan daging dalam kuali.Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang.
2.Kacau dan masukkan secubit garam.Masak hingga sedikit kering.
angkat dan toskan.Gaul bersama kentang, daun sup, daun bawang,lobak merah
dan serbuk lada putih.
3.Setelah itu bulatkan bancuhan menjadi bebola, masukkan ke dalam tauhu.
Celup ke dalam telur dan digoreng.
4.Siap.Bergedil dihidang bersama sambal kicap.
Bergedil (Ayam)
Bahan-bahan:
2 labu bawang Holland(dicincang halus)
1 mangkuk isi ayam (dicincang halus)
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Daup sup
Daun bawang
Cara membuat:
1.Masukkan isi ayam ke dalam kuali.Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang.
2.Kacau dan masukkan secubit garam.Masak hingga sedikit kering.angkat dan toskan.
Gaul bersama kentang,daun sup,daun bawang,serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3.Setelah itu bulatkan bancuhan menjadi bebola, masukkan ke dalam tauhu.Celup ke
dalam telur dan digoreng.
4.Siap.
Bergedil (Ikan)
Bahan-bahan:

Isi ikan dowry
1 kg isi ikan dowry dimasak di dalam pan sambil direnjis dengan sedikit minyak masak.Setelah masak, hancurkan isi ikan.Ketepikan.

Kentang:
3 biji kentang bersaiz besar dikupas kulit dan dihiris. Basuh kentang dan toskan.Gaul bersama sedikit garam.Goreng kentang hingga masak dalam minyak yang panas.Bila dah masak angkat,toskan kemudian dihancurkan macam mashed potato.
Bahan lain:
1 labu bawang besar (dicincang halus)
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Cara memasak:
1.Tumis bawang hingga terbit bau dan sedikit layu.
2.Masukkan cili kering kisar.
3.Kacau rata.Bila dah garing,masukkan sos cili.masak hingga sedikit kering.angkat dan gaul bersama isi ikan, garam,serbuk lada hitam,kentang dan daun bawang.
4.Setelah itu bulatkan bancuhan menjadi bebola, tekan sedikit supaya leper. Celup ke dalam telur dan goreng dalam minyak dengan api dapur yang sederhana panas.
5.Siap.
Bergedil (Tauhu)
Bahan-bahan:
5 keping tauhu putih
5 biji kentang
2 tangkai daun sup
1 labu bawang besar
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk lada hitam
Garam
Telur
Cara memasak:
1.Tumis bawang hingga agak garing, angkat dan toskan.
2.Tauhu dilecek hancur.ditekan-tekan dalam penapis dengan senduk supaya keluar airnya dan ditoskan.
3.Kentang dikupas kulitnya dan dipotong kecil.Goreng kentang hingga kekuningan.Angkat, toskan dan dilecek halus.Masukkan tauhu,garam,daun sup,bawang tumis, serbuk lada hitam dan tepung jagung.Gaul rata dan perasakan.
4.Ambil segenggam bancuhan, kepal-kepalkan menjadi bentuk bebola.Kemudian tekan sedikit di bahagian tengah supaya sedikit leper.
5.Panaskan minyak.Celup bergedil pada telur, kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana besar.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
Cili api
4-5 ulas bawang putih
Kicap lemak manis
Limau nipis
Cara membuat:

1.Tumbuk hancur cili api bersama bawang putih.
2.Masukkan ke dalam periuk.
3.Masukkan sedikit air.Masak hingga pekat.
4.Perahkan limau nipis.
5.Siap.

Kredit: #noorali

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri